awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim

Bernama
Bernama
02/08/2024
22:00 MYT
Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Abdul Karim membuat pukulan ketika gimik pelancaran pada Majlis Perasmian Padang Kriket dan Ragbi di Kompleks Sukan Petra Jaya, Kuching, 2 Ogos 2024. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Padang kriket di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya akan dinaik taraf dengan kemudahan lengkap selepas temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2024) bulan ini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.
Beliau berkata sebuah padang kriket yang lengkap diperlukan di Sarawak bagi mengangkat sukan itu yang semakin popular di Bumi Kenyalang.
"Kita akan naik taraf selepas SUKMA, kita akan bina tempat penonton dan bina bangunan di sebelah padang ini seperti sebuah stadium.
"Sukan kriket ini tidak seperti sukan-sukan lain kerana ia mudah dipelajari dan tempat diperlukan juga tidak begitu besar berbanding sukan lain seperti sukan berbasikal yang memerlukan sebuah tempat besar," katanya selepas merasmikan padang kriket Sarawak di Kompleks Sukan Sarawak di sini, semalam.
SUKMA 2024, yang dijadualkan dari 17 hingga 24 Ogos, akan dianjurkan di sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri.
Temasya kali ini akan mempertandingkan 488 acara, merangkumi 37 sukan, terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita, dan 35 acara campuran, serta dijangka menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.
SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#naik taraf
#padang kriket Sarawak
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan