BUTTERWORTH: Nostalgia menunggang basikal tua ke sekolah pada zaman remaja mendorong seorang warga emas untuk mengumpul basikal klasik yang diperoleh hasil pencarian dari seluruh negara.
Ahmad Fauzi Ismail, 61, mula membeli basikal-basikal klasik itu sejak 1990-an dan sehingga kini mempunyai lebih 40 buah basikal klasik yang kesemuanya masih boleh ditunggang dengan baik.
"Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayah yang saya gunakan ketika ke sekolah dulu...seterusnya pada 1990-an, saya telah bekerja jadi ada duit lebih sikit. Ketika itu saya mula mencari basikal-basikal klasik ini sebelum membelinya untuk dijadikan koleksi.
"Dari situ mula timbul hobi untuk terus mengumpul basikal-basikal klasik dan saya terus mencari serta membeli. Sekarang ada lebih 40 buah basikal klasik yang dikeluarkan sekitar 1940-an dan 1960-an kebanyakannya berjenama Hercules dan Raleigh buatan England," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Sungai Dua, di sini.
Bekas pekerja kilang itu berkata beliau membeli basikal-basikal berkenaan dari beberapa negeri termasuk Kelantan, Johor dan Pahang dengan kesemuanya dipos menggunakan khidmat syarikat kurier malah ada dibeli di sekitar Pulau Pinang yang dalam keadaan rosak sebelum dibaikinya.
Tambahnya, penyelenggaraan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan kesemua basikal klasiknya itu berada dalam keadaan baik serta boleh ditunggang pada bila-bila masa.
Beliau yang lebih mesra disapa Pak Lang G berkata, sekarang ini alat ganti untuk penyelenggaraan atau menukar barang rosak pada basikal klasik itu agak mudah diperoleh kerana ia dibawa masuk dari China berbanding 20 tahun lepas berikutan basikal model tersebut tidak lagi dijual ketika ini.
Menurut Ahmad Fauzi, dari segi kos membeli basikal klasik, ia berharga RM200 hingga RM1,000 namun kos penyelenggaraan agak tinggi berikutan alat ganti yang sedikit mahal berbanding basikal biasa.
Berikutan sukar diperoleh, ada peminat barang antik 'memujuk' Ahmad Fauzi agar menjual basikal klasik dalam simpanannya, malah ada yang sanggup menawarkan harga beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding harga asal demi memiliki basikal antik itu.
"Sejak mula mengumpul koleksi basikal klasik ini baru sekali saya jual, itu pun kepada kawan baik. Selepas basikal itu dijual, saya jadi tidak senang duduk malah tidak boleh tidur hingga beberapa malam kerana memikirkan kenapa saya jual basikal tersebut... sayang basikal itu hanya Allah saja yang tahu.
"Alhamdulillah kawan saya jaga dengan baik basikal tersebut sehingga sekarang. Sejak itu, saya memang tidak jual lagi koleksi-koleksi basikal yang ada, biarlah saya jaganya sendiri," katanya yang bekerja sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lepas.
Ahmad Fauzi berkata setiap basikal klasik miliknya itu mempunyai sejarah dan 'peranan' tersendiri dan beliau sendiri mengingati peranan tersebut supaya mudah untuk menceritakan kepada sesiapa yang bertanya.
Katanya, ada dalam koleksi basikal klasik miliknya itu pernah digunakan oleh posmen di Jepun dan Singapura pada zaman dahulu untuk mereka menghantar surat yang mana kedua-dua basikal tersebut memang mendapat permintaan tinggi daripada peminat.
"Ada pernah tawarkan sebuah basikal klasik sehingga harga RM3,000 tapi saya memang tak jual, lagipun anak-anak saya iaitu tiga lelaki dan dua wanita juga menunjukkan minat untuk bersama-sama menjaga semua koleksi basikal klasik yang ada ini," katanya yang sering mengayuh basikal bersama isterinya Jamaliah Soud, 58.
Beliau berkata semua basikal klasik yang ada kini sering digunakan dalam aktiviti bersama komuniti di Sungai Dua selain menerima jemputan untuk membawa pengantin dan penggambaran terutama musim perayaan serta perkahwinan.
"Untuk Hari Raya nanti pun ramai yang dah tempah bagi penggambaran, dari segi kos sewa memang saya tidak tentukan kadarnya sebaliknya penyewa membayarnya dengan ikhlas dan seterusnya saya cuma ambil duit untuk kos penyelenggaraan sahaja manakala bakinya didermakan ke Tabung masjid berhampiran rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Ahmad Fauzi yang ditemui di kediamannya di Sungai Dua, sedang membersihkan basikal yang pernah digunakan oleh posmen Jepun pada zaman dahulu. - Bernama
Kemelesetan ekonomi AS: Bagaimana Malaysia boleh terjejas?
Ketakutan akan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat. Apakah kesannya kepada negara membangun seperti Malaysia? Adakah Federal Reserve akan menurunkan kadar faedah untuk meredakan keadaan ini, atau adakah dunia perlu bersedia menghadapi krisis global?
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Masalah pasport, tunggakan cukai punca rakyat Malaysia terkandas di pintu sempadan
Pelancong Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand terkandas di pintu sempadan antaranya disebabkan masalah pasport rosak dan tunggakan cukai pendapatan.
MIHAS 2024: Globalising Halal Innovations
MIHAS 2024 plays a crucial role in globalizing halal innovations by providing a platform for international partnerships and showcasing the growing range of halal products and services. With a focus on sustainable growth, the event brings together businesses, experts, and buyers from around the world. Notably, MIHAS 2024 introduces new clusters such as Halal Ingredients, and continues promoting sectors like food, finance, and tourism. MATRADE's strategic initiatives, including a debut at the Dubai expo, further highlight its global expansion efforts in promoting Malaysia's halal industry.
AWANI Ringkas: Op Global: Bekas pengikut GISBH akan dipanggil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha dinobat juara
Menyampaikan lagu Berhenti Berharap, Farhan memperoleh markah tertinggi mengetepikan 5 finalis lain dalam pusingan The Grand Champion.
Alumni PTD nafi bekas KSN Abdul Halim meninggal dunia
Urusetia Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menafikan laporan kematian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Abdul Halim Ali.
Sambutan peringkat negeri Sarawak
Wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik bawakan perkembangan semasa sambutan Hari Malaysia di Bandar Sri Aman, Sarawak.
Tumbuk kepala pengadil, pemain Indonesia dikenakan kad merah
Satu perlawanan bola sepak di Indonesia mendapat perhatian warga maya susulan insiden seorang pemain Sulawesi tengah menumbuk kepala pengadil dalam pertandingan Pekan Olahraga Nasional (PON 2024).
Sepanjang tempoh 90 minit permainan itu, ia disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi ketika pertembungan kedua-dua pasuka tersebut sedang berlangsung.
Sepanjang tempoh 90 minit permainan itu, ia disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi ketika pertembungan kedua-dua pasuka tersebut sedang berlangsung.
Tuanku Muhriz kesal kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan rasa kesal dan dukacita berhubung laporan sebuah organisasi yang berselindung di sebalik kebajikan Islam dengan melakukan penderaan dan mengeksploitasi kanak-kanak.
Pak Lang G miliki koleksi lebih 40 basikal klasik
Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayahnya yang digunakan ketika ke sekolah dahulu.
Diusik memori basikal arwah bapa, 25 tahun Azizan kumpul koleksi 'legend'
Nostalgia menunggang basikal 'tua' ketika ke sekolah pada zaman remaja menyebabkan seorang warga emas mengambil keputusan menyimpan koleksi basikal 'legend' berkenaan.