ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon merasakan pasukannya mempamerkan peningkatan permainan meskipun prestasi belum mencapai tahap yang diharapkan selepas menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam tadi.
Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun gembira skuad Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri selepas hanya kalah kepada Bahrain 1-2 pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur, Jun tahun lepas.
"Matlamat masih berterusan tetapi saya (dapat) rasakan peningkatan itu... Saya rasa masih ada ruang untuk penambahbaikan dan ini adalah kenyataan, kami berada pada suatu tahap namun saya gembira kami mengekalkan rentak kemenangan. Seingat saya, kami beraksi di halaman sendiri sejak Mac dan hanya tewas kepada Bahrain.
"Ini kubu kami, jadi sesiapa yang datang kami beri tentangan. Kami akan sedaya upaya untuk menjadikan halaman kami sebagai kubu dan terus melakar kemenangan... ini yang penting, dari segi prestasi walaupun menang saya masih kurang berpuas hati," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Mengulas lanjut, jurulatih berusia 53 tahun itu berkata apa yang mengecewakan beliau ialah anak buahnya tidak dapat mengekalkan intensiti permainan, menggambarkan anak buahnya perlu mengekalkan penguasaan dan agresif sepanjang perlawanan.
Pada pertemuan dengan Hong Kong yang berada di ranking ke-146 dunia malam tadi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Mohamad Faisal Abdul Halim masing-masing menghasilkan jaringan pada separuh masa pertama membantu Malaysia meraih kemenangan kedua pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini.
BACA: Harimau Malaya terus cemerlang, mudah benam Hong Kong
Kejayaan malam tadi menyaksikan anak buah Pan Gon mencatat kemenangan kedua berturut-turut menentang Hong Kong selepas turut merekodkan kemenangan 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Kuala Lumpur, Jun tahun lepas.
Skuad Harimau Malaya yang memutuskan menjalani latihan pusat dan beraksi di Johor pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA turut menewaskan pasukan yang berada di ranking ke-135 dunia, Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas.
BACA: Jaringan Akhyar bantu Harimau Malaya kalahkan Turkmenistan
"Saya gembira kami menang dua kali berturut-turut, menang berturut-turut menentang Hong Kong, saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada TMJ ( Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas penyediaan segala kemudahan baik di sini. Kami mempunyai masa dan persediaan untuk dua perlawanan dan menikmatinya.
"Terima kasih kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) atas sokongan penuh, terima kasih kepada peminat yang datang untuk memberi sokongan kepada kami semasa Ramadan kerana menerusi sokongan yang diterima, kami mampu berjuang untuk Malaysia. Malam ini (malam tadi) amat sukar namun masih satu kemenangan yang baik," katanya.
Sementara itu, Pan Gon berjanji akan membantu pemain untuk mencapai potensi terbaik mereka dalam memastikan pasukan terus mempamerkan peningkatan menjelang jendela perlawanan antarabangsa FIFA Jun depan.
"Sekarang pemain kembali ke kelab masing-masing, saya mahu lihat setiap mereka, saya mahu lihat mereka pada setiap perlawanan, anda boleh lihat sesetengah pemain tidak cukup kecergasan. Jadi saya mahu galakkan mereka bermain dengan kerap... ini harapan saya dan saya fikir kita boleh maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
KIM: Ini kubu kami, jadi sesiapa yang datang kami beri tentangan; kami akan sedaya upaya untuk menjadikan halaman kami sebagai kubu dan terus melakar kemenangan. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.