KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon percaya anak buahnya mempunyai ketahanan mental untuk berdepan sebarang cabaran, termasuk menghadapi jaringan gol pada saat akhir dan bangkit semula untuk menang.
Pengendali dari Korea Selatan itu berkata sepanjang karier kejurulatihannya selama 25 tahun, beliau pernah mengalami saat sebegitu beberapa kali dan berpuas hati dengan cara pemain Harimau Malaya berhadapan dengan gol penyamaan itu, pada aksi Kejohanan Piala Raja Thailand menentang tuan rumah semalam.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai itu, Malaysia mendahului 1-0 sebelum Thailand menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak kedua, memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti, yang berakhir dengan kemenangan Malaysia 5-3.
"Kami sememangnya menjangkakan untuk menamatkan perlawanan (dalam masa 90 minit) tetapi berlaku (jaringan penyamaan). Sepanjang 25 tahun melatih, saya berada dalam situasi sebegini banyak kali, namun saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa.
"Saya percaya mereka cukup kuat untuk mengatasi situasi seperti ini. Malam ini saya mempercayai sepenuhnya kesemua pemain kita dan mereka sudah melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu di Chiang Mai malam tadi.
Pada perlawanan itu, Malaysia mendahului menerusi La'Vere Corbin Ong pada minit ke-32 bagaimanapun Thailand menyamakan kedudukan apabila Pansa Hemviboon menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan babak kedua, yang membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed layak diangkat sebagai wira pasukan apabila menampilkan persembahan terpuji selepas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad Gajah Perang, termasuk menafikan percubaan Supachok Sarachat dalam penentuan sepakan penalti.
"...kami berada di bawah tekanan tetapi semua pemain bermain dengan hebat...mereka memberikan lebih 100 peratus untuk berjuang demi Malaysia. Ia persembahan yang hebat dan kita mendapat keputusan yang baik," kata Pan Gon.
Sementara itu, Corbin Ong mengakui ketenangan rakan sepasukannya dalam menangani tekanan, terutamanya ketika penentuan sepakan penalti menjadi kunci kejayaan mereka.
"Ada tekanan (tambahan) selepas kami menjaringkan gol dan ada juga tekanan ketika mengambil penalti. Tetapi kami adalah pemain profesional dan kami perlu menanganinya. Anda lihat karakter dan semangat semua pengambil sepakan penalti...semua pemain dalam pasukan boleh menangani tekanan dan itulah yang membawa kami ke final," katanya.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
PAN GON: Saya rasa pemain Harimau Malaya telah menunjukkan komitmen, semangat juang dan keyakinan sepanjang masa. - Bernama
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.