awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan Gon rayu penyokong Harimau Malaya penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil esok

Bernama
Bernama
15/11/2023
12:13 MYT
Pan Gon rayu penyokong Harimau Malaya penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil esok
Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon hadir pada sidang media menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Wisma FAM Kelana Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, berharap akan 'kebanjiran' penyokong setia Harimau Malaya semasa perlawanan Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Beliau berkata sokongan padu daripada peminat tempatan adalah penting dalam perlawanan ini yang dianggapnya sangat penting bagi pasukan Harimau Malaya dalam usahanya untuk layak ke pusingan ketiga.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata kelebihan bermain di gelanggang sendiri harus dimanfaatkan sepenuhnya bukan sahaja oleh pemain tetapi juga penyokong untuk menimbulkan rasa gerun bagi mana-mana lawan sebelum pasukannya menentang 'The White Falcons' di tempat lawan tahun depan.
"Jika anda mahu ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia, perlawanan ini adalah penting bagi kita. Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita mahu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri sepenuhnya dan setiap penyokong perlu datang untuk mencipta persekitaran terbaik.
"Ini adalah 'rumah' kita, sesiapa yang datang ke sini, suasana di stadium sepatutnya rasa gerun kepada pasukan lawan. Hanya 10,000 (penonton) tidak boleh membuat mereka rasa gerun," katanya dalam sidang media praperlawanan menjelang perlawanan esok di sini hari ini..
Sehingga jam 10 pagi tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan sebanyak 7,587 keping tiket perlawanan antara Malaysia menentang Kyrgyzstan telah terjual.
Gelanggang keramat Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan lebih 80,000 penonton.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Pan Gon
#harimau Malaya
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#Kyrgyzstan
#Kelayakan Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan