awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar

Bernama
Bernama
11/06/2024
23:00 MYT
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon menyifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan ketika ia amat diperlukan untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan ketika ia amat diperlukan untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Beliau bagaimanapun memuji kekuatan mental anak buahnya apabila berjaya bangkit menewaskan Taiwan 3-1.
"Kami turun dengan misi untuk menjaringkan banyak gol tetapi tidak berjaya. Terlalu banyak kesilapan teknikal yang menyakitkan pada separuh masa pertama dan entah bagaimana kami memberi mereka satu gol pendahuluan.
"Tetapi pada separuh masa kedua kami mengubah keputusan dan boleh katakan kekuatan mental skuad itu sangat positif," katanya.pada sidang media selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Sementara itu, pengendali Taiwan, Gary White menyifatkan kekalahan tersebut memberi pengajaran berguna buat pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain muda beraksi dalam perlawanan tersebut.
Malaysia kini berada di tempat ketiga, berkongsi 10 mata dengan Kyrgyzstan (kedua) dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol sementara Oman yang mendahului kumpulan dengan 12 mata sudah melayakkan diri lebih awal manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Kekalahan malam ini menyaksikan Taiwan di ranking dunia ke-159 terus kempunan menemui kemenangan pertama dalam kempen kali ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kim Pan Gon
#Kim Pan Gon sakit hati
#Harimau Malaya kempunan
#Piala Dunia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan