KUALA LUMPUR: Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon terkejut dengan keputusan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengumumkan untuk berundur daripada mengendalikan JDT.
Pan Gon dalam satu kenyataan pada Jumaat meminta bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu mempertimbangkan semula keputusannya.
Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, pengunduran Tengku Mahkota Johor itu merupakan satu kerugian besar kepada bola sepak Malaysia.
BACA: TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
"Dalam masa kurang sedekad, Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi selari dengan semangat cintakan bola sepaknya yang mendalam. Lantaran itu, bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ.
“Tunku Ismail meletakkan JDT ke tahap yang membolehkan kelab itu layak bermain dalam Liga Juara-Juara Asia.
“Terima kasih kepada sumbangan Tunku Ismail ini yang mana JDT telah mendapat pengiktirafan di seluruh Asia sekaligus membantu meningkatkan taraf bola sepak kelab di Malaysia," katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambah Pan Gon, mentaliti kemenangan diterapkan Tunku Ismail adalah penting untuk melaksanakan perubahan dalam bola sepak tempatan dan beliau harus kekal, bukan sahaja untuk kelabnya tetapi untuk pasukan kebangsaan juga.
"Di bawah kendaliannya, JDT telah menyalurkan lebih 15 pemain kepada pasukan kebangsaan malah lebih ramai pemain baru yang lebih baik sedang dalam persiapan.
“Tunku Ismail sentiasa menyokong pasukan kebangsaan sejak awal lagi dan kami amat menghargai jasanya.
“Malah sebelum kedatangan saya, saya juga sudah mengetahui akan kemudahan dan infrastruktur latihan JDT adalah bertaraf Eropah. Kami menghargai tawaran Tunku Ismail untuk Harimau Malaya berlatih di Johor," ujarnya.
Katanya lagi, dengan prestasi JDT ini, ia dilihat membantu meningkatkan lagi profil bola sepak Malaysia terutama dari sudut pembangunan dan penjenamaan bola sepaknya yang mampu dijadikan contoh kepada kelab bola sepak lain di Malaysia.
Ridauddin Daud
Fri Jun 10 2022

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, pengunduran Tengku Mahkota Johor itu merupakan satu kerugian besar kepada bola sepak Malaysia. - Foto fail/BERNAMA

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemain naturalisasi: Tunku Ismail sokongan tindakan MFL
Tunku Ismail menyokong tindakan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengguna pakai pemansuhan manual syarat pemain naturalisasi berkuat kuasa sejak 2020.

TMJ beri sokongan kuat di belakang tabir - Presiden FAM
Pasukan bola sepak negara yang layak secara merit ke Piala Asia 2023 telah mendapat sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perbualan TMJ - Pan Gon: "Saya 'malas' nak ulas, hampa dah tau, sudahlah" - Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi enggan ulas pendedahan perbualan WhatsApp antara Tunku Mahkota Johor dengan pengendali skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon.

Pan Gon terkejut, mahu TMJ pertimbangkan semula keputusan berundur dari JDT
Pan Gon terkejut, mahu TMJ pertimbangkan semula keputusan berundur dari JDT.

TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab
Dalam status sama yang dimuat naik kira-kira jam 3.15 petang itu, beliau turut mendoakan yang terbaik untuk JDT dan semua.

'No comment... nanti orang cakap saya lawan raja, derhaka' - Sanusi
Menurut Muhammad Sanusi, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan beliau digelar 'derhaka' dan melawan institusi raja.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

Dera: TMJ beri sumbangan tambah baik Pusat Temu Duga Kanak-kanak IPK Johor
Tunku Ismail berkongsi perkara itu dalam hantaran terbaru di laman sosianya selepas lawatan ke CIC berkenaan bersama isterinya, Che Puan Besar Khaleeda.

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Noraini junjung kasih kepada TMJ, bincang pembangunan pengajian tinggi
Menurut Noraini, barisan pengurusan kementerian itu terharu dan berbangga kerana Tunku Ismail amat prihatin mengenai perkara melibatkan pengajian tinggi.