awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandelela gagal ke saingan akhir 10M platform wanita siri terjun dunia di Beijing

Bernama
Bernama
13/03/2016
12:12 MYT
Pandelela gagal ke saingan akhir 10M platform wanita siri terjun dunia di Beijing
Pandelela yang menduduki tempat keempat daripada enam penerjun di pusingan separuh akhir kumpulan A, gagal mara kerana hanya tiga penerjun terbaik dari setiap separuh akhir kumpulan A dan B dipilih ke pusingan seterusnya. - Gambar fail
Penerjun elit negara, Pandelela Rinong gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 10 meter Platform Wanita pada Siri Terjun Dunia di Beijing, pada Ahad.
Pandelela yang menduduki tempat keempat daripada enam penerjun di pusingan separuh akhir kumpulan A, gagal mara kerana hanya tiga penerjun terbaik dari setiap separuh akhir kumpulan A dan B dipilih ke pusingan seterusnya.
Menurut laman web www.fina.org, selepas lima terjunan, Pandelela sekadar mengumpul 286.20 mata dengan terjunan terbaiknya dilakukan pada terjunan kedua dengan catatan 69.00 mata.
Tiga penerjun terbaik dari pusingan separuh akhir kumpulan A terbaik terdiri daripada Meaghan Benfeito dari Kanada dengan jumlah 357.30 mata diikuti Melissa Wu dari Australia (344.40) dan Laura Marino dari Perancis (298.45).
Tiga penerjun terbaik dari kumpulan B pula ialah Ren Qian dan Si Yajie dari China, masing-masing dengan kutipan 372.85 dan 362.10 mata; serta Tonia Couch dari Great Britian yang mengumpul 340.10 mata.
Kejohanan di Beijing ialah yang pertama dalam siri itu diikuti siri seterusnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (17-19 Mac); Windsor, Kanada (15-17 April); dan Kazan, Rusia (22-24 April).
Topic Berkaitan
#Melissa Wu
#Pandelela Rinong gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 10 meter Platform Wanita pada Siri Terjun Dunia di Beijing
#Penerjun elit negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan