Hari ini, lagu Negaraku berkumandang di Rio, Brazil buat kali pertama selepas dua atlet Paralimpik berjaya meraih pingat emas.
Mereka berjaya melakar sejarah dengan menyumbang pingat pertama Paralimpik.
Selain Mohamad Ridzuan Puzi yang melakar sejarah dalam acara trek, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya meraih pingat emas dalam kategori F20 acara lontar peluru, sekali gus mencipta rekod dunia baharu dalam acara tersebut.
Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.
Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh seorang anak istimewa negara.
Tetapi, sejauh manakah anda mengenali Ziyad? Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu tentang atlet Paralimpik itu.
1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.
2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.
3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.
4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.
5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.
6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.
7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.
8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today.
Kohilah Sekaran
Sun Sep 11 2016

Ziyad pernah diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

WEF 2022 | Kesediaan dunia laksana ESG, depani cabaran teknologi
Inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merupakan asas penting dalam pelaksanaan sama ada di peringkat kerajaan mahupun perniagaan. Di sebalik mengaplikasi ESG, terdapat juga cabaran-cabaran lain yang perlu ditempuh. Editor Niaga AWANI, Najib Aroff ada perincian dari Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2022.

Ekonomi | Inflasi meningkat, perlu penyelesaian menyeluruh
Pakar Ekonomi MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli mengulas isu inflasi serta strategi penyelesaiannya.

'Ideologi politik bunuh kewartawanan Melayu, orang Melayu jangan sombong'
Ahmad Murad berkata, ada pihak yang menolak untuk membaca bahan berita berbahasa Melayu.

Persidangan Nikkei | Asia dalam landasan terbaik kemudi perubahan dunia
Berdasarkan kekuatan ekonomi dan pengaruh di peringkat global, Asia kini berada di landasan terbaik untuk mengemudi perubahan dunia yang lebih baik sekali gus membentuk status quo yang baharu.

'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.

Isu kekurangan bekalan ayam dijangka selesai bulan depan - Timbalan Menteri
Berdasarkan pemantauan ketika ini, gangguan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan sudah semakin pulih.

"Orang Melayu jangan sombong"
Sikap taksub terhadap ideologi politik menjadi salah satu punca kewartawanan Melayu di negara ini 'terbunuh' dan tidak berkembang berbanding pemberitaan dalam bahasa Cina.

Kewartawanan Melayu perlu diperkasakan semula
Kewartawanan Melayu menjadi asas kepada dunia kewartawanan di negara ini. Justeru, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berpandangan, kewartawanan Melayu perlu diperkasakan semula.

Piala Dunia Qatar: Satu kegagalan jika Brazil tidak bergelar juara - Cafu
Skuad kendalian Tite mengungguli kumpulan Amerika Selatan selepas tidak tewas dalam 17 perlawanan, menang 14 dan seri tiga.

Guardiola cukup ideal kendalikan Brazil - Julio Cesar
Brazil sedang memburu bos baharu dengan Tite meninggalkan jawatan itu selepas Piala Dunia 2022 di Qatar.

Liek Hou juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil
Liek Hou menjuarai perseorangan lelaki kategori SU5 selepas mengalahkan pemain Perancis, Meril Loquette straight set 21-17, 21-17.

Projek penanaman guarana secara komersial tidak pernah dibenarkan - Jabatan Pertanian
Ia berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman oleh Brazil, dan impak negatifnya kepada industri getah negara.

Penebangan hutan Amazon tinggi pada suku pertama tahun ini
Ia sudah cukup untuk membawa kemusnahan paling banyak pada suku pertama, dalam sekurang-kurangnya enam tahun.

Presiden Brazil Bolsonaro dimasukkan ke hospital
Presiden Brazil Jair Bolsonaro telah dimasukkan ke hospital dan kini menjalani ujian kesihatan.

Kekurangan bekalan jagung dari Brazil punca harga makanan ayam tinggi
Masalah kekurangan bekalan makanan ayam iaitu jagung di Brazil antara punca harga barangan itu mengalami kenaikan yang tinggi, kata MAFI.

Neymar bingung Brazil terima sambutan hambar
Brazil muncul wakil Amerika Selatan pertama yang layak ke Piala Dunia 2022 dan Neymar dijangka sedia mengambil bahagian dalam temasya di Qatar, November depan.

Tanah runtuh di Brazil ragut lebih 130 nyawa, lebih 200 masih hilang
Pasukan menyelamat menumpukan operasi pengalihan serpihan runtuhan dan pencarian mangsa-mangsa yang tertimbus dalam kejadian.

Banjir Brazil: Rumah, pokok hanyut; angka kematian meningkat kepada 105
Pokok-pokok dan kenderaan dihanyutkan air dan lumpur yang deras sehingga memenuhi ke jalan-jalan utama.