awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu

Bernama
Bernama
29/08/2024
12:47 MYT
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
PARIS: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024, di sini hari ini.
Dalam aksi Kumpulan A yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, pemain nombor satu dunia dan pilihan utama itu terbukti terlalu tangkas untuk ditangani pemain Poland Bartlomiej Mroz dengan kemenangan 21-10, 21-6 dalam masa 26 minit.
Sementara itu, seorang lagi pemain Malaysia Muhammad Fareez Anuar yang bermain dalam kategori sama, membuat penampilan pertama yang hebat apabila dia mengejutkan pilihan kedua dari Taiwan Fang Jen-Yu (TPE) 21-14, 21- 18 dalam perlawanan Kumpulan B.
Dalam pada itu, jurulatih mereka Nova Armada gembira melihat kedua-dua anak buahnya bermain dengan baik hari ini.
Walaupun dia telah menjangkakan Liek Hou akan memenangi perlawanan menentang Mroz, jurulatih dari Indonesia itu gembira melihat pemain bukan pilihan Muhammad Fareez mengejutkan Jen-Yu.
Beliau berkata pemain berusia 28 tahun itu mempunyai rekod buruk menentang pemain Taiwan itu, tewas enam kali dalam lapan perlawanan sebelum ini.
"Kemenangan Muhammad Fareez diharapkan mampu bina keyakinannya kerana dia berada dalam kumpulan kuat bersama pemain nombor tiga dunia Dheva Anrimusthi dari Indonesia," kata beliau kepada Bernama.
Muhammad Fareez yang kini berada di kedudukan keempat terbaik juga diundi menentang Taiyo Imai dari Jepun dalam Kumpulan B.
Dua pemain teratas dari setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paralimpik Paris 2024
#jaguh badminton para negara
#Cheah Liek Hou
#Muhammad Fareez Anuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan