awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie

Hilmi Malik
Hilmi Malik
28/08/2021
07:12 MYT
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Ini kenangan manis buat saya dan hadiah untuk negara sempena Hari Kebangsaan kata Atlet Paralimpik Negara, Bonnie Bunyau Gustin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jaguh paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin yang memperoleh pingat emas pertama negara menerusi acara sukan powerlifting di kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 pagi ini menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
“Ini sememangnya kenangan yang manis buat saya dan juga untuk menghadiahkan sempena Hari Kebangsaan kita.
“Pingat ini memang sangat penting untuk saya memandangkan ini kemunculan pertama saya dan telah buat persembahan yang terbaik,” katanya ketika ditemu bual secara atas talian pada Sabtu.
Bonnie memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).
Paralimpik Tokyo 2020 | Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan
Mengulas lanjut, Bonnie turut menceritakan keluarga antara pihak yang mendorong dirinya mencapai kejayaan hari ini.
“Semalam sebelum tidur ada berhubung dengan keluarga, minta nasihat dan mendoakan saya untuk berjaya dalam hari ini jadi semuanya termakbul,” katanya lagi.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertama
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Muhyiddin, Anwar zahir ucapan tahniah buat Bonnie
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Jeganathan optimis Ziyad pertahan emas
Topic Berkaitan
#Paralimpik
#Tokyo 2020
#Bonnie Bunyau Gustin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan