Atlet Paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli tidak mahu leka dengan imbuhan dan hadiah yang diterima sebaliknya, mahu terus fokus dengan latihan dan membaiki prestasinya dalam acara lontar peluru.
"Saya tidak mahu leka dengan semua imbuhan yang saya terima ini. Sebaliknya, ia jadi pembakar semangat kepada saya.
"Insentif yang saya terima ini akan saya gunakan untuk masa depan saya. Seperti yang pernah saya katakan, saya akan membawa ibu bapa saya menunaikan haji," katanya selepas penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.
Muhammad Ziyad, yang memenangi pingat emas dan mencipta rekod dunia dalam acara lontar peluru F20 lelaki, menerima imbuhan berjumlah RM1.05 juta atas kejayaannya itu.
Muhammad Ziyad juga berharap kejayaannya dan rakan-rakan menjadi inspirasi kepada atlet lain untuk turut mencapai kemenangan.
Seorang lagi pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, Abdul Latif Romly juga tidak mahu lupa diri dengan insentif yang diterima.
"Saya mahu kekal jadi diri saya seperti sebelum ini. Tidak mahu leka dan mahu terus kekal rendah diri," katanya yang mengakui sejak pulang dari Rio de Janeiro, masyarakat sekitar mengenali dirinya.
Bagi kejayaannya meraih pingat emas dan mencipta rekod baharu dunia dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif turut menerima imbuhan RM1.05 juta.
Pemenang pingat emas pertama Sukan Paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pula menerima imbuhan berjumlah RM 1.02 juta.
Bagi atlet Olimpik Rio pula, pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menjadi penerima insentif SHAKSM tertinggi dalam kalangan atlet temasya itu dengan menerima RM500,000 yang termasuk tambahan RM200,000.
"Bagi saya, insentif ini adalah baik bagi atlet untuk menaikkan semangat beraksi.
"Untuk saya, sebagai atlet yang telah berkeluarga, insentif yang saya terima ini adalah untuk kegunaan masa depan anak-anak saya," kata Chong Wei.
Bernama
Sat Oct 08 2016
Ziyad mahu Insentif yang diterimanya digunakan untuk masa depan. - Gambar fail
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
Lebih RM4 juta insentif diberi kepada atlet SUKMA, Para SUKMA Sarawak
Abang Johari berkata insentif tertinggi adalah kepada atlet Para SUKMA melibatkan RM2.26 juta, manakala atlet SUKMA berjumlah RM1.84 juta.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
SUKMA 2024: Premier beri bayangan insentif atlet Sarawak lebih 'baik'
Abang Johari beri bayangan insentif bakal diterima oleh atlet tuan rumah yang berjaya menyumbang pingat di 2024 adalah lebih 'baik.'
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Skuad hoki 5s terima insentif RM80,000
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui wartawan Astro Arena hari ini.
Peruntukan RM300,000 untuk 1,000 atlet Pahang
Bayaran RM300 secara sekali beri itu diberikan kepada atlet yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam mahupun luar negeri.
Kerajaan Terengganu umum insentif RM15,000 kepada Qabil Irfan
Insentif itu juga sebagai galakan kepada pelumba cilik lain untuk mengikuti jejak langkah dan kecemerlangan Qabil Irfan.
Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.