awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paris 2024: Lee Zii Jia tumpaskan rakan karib, jumpa Kunlavut di separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
02/08/2024
19:04 MYT
Paris 2024: Lee Zii Jia tumpaskan rakan karib, jumpa Kunlavut di separuh akhir
Zii Jia menunjukkan permainan kemas sambil banyak memenangi pergelutan di jaring untuk terlebih dahulu berada di depan 8-11 sebelum mengesahkan kemenangan 17-21 dalam tempoh 31 minit. - Gambar fail/Stadium Astro
PARIS: Perseorangan negara, Lee Zi Jia, membuktikan ketangkasannya ketika berjaya mengecewakan rakan karibnya, Anders Antonsen, dalam pertemuan suku akhir di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
Atlet berusia 26 tahun itu memulakan aksi sengit dengan menunjukkan permainan kemas sambil banyak memenangi pergelutan di jaring untuk terlebih dahulu berada di depan 8-11 sebelum mengesahkan kemenangan 17-21 dalam tempoh 31 minit.
Anders Antonsen yang merupakan pemain perseorangan kedua Denmark itu turut menampilkan kebolehan tersendiri apabila mempamerkan teknik bertahan dengan baik namun, taktikal individu yang dimiliki Lee Zii Jia kerap kali menangkis sebarang percubaan pemain lawannya itu.
Malaysia Lee Zii Jia ke Separuh Akhir #SukanOlimpik #Paris2024 #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/xd89fGPjIA
— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) August 2, 2024
Cabaran pemain ranking keempat dunia itu semakin tertekan tatkala sudah kehilangan dua challenge yang memihak kepada wakil negara untuk menjarakkan jurang permainan 2-7.
Pemain kelahiran Alor Setar itu terus memperaga aksi berkualiti untuk mendahului mata 10-15 sekali gus menyukarkan Anders Antonsen untuk mengejar kedudukan di set kedua dan menoktahkan kemenangan bergaya 15-21.
Selepas ini, pemenang Terbuka BWF Thailand dan Australia 2024 itu akan meneruskan saingan dalam peringkat separuh akhir bertemu juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Sukan Olimpik Paris 2024
#set kedua
#Kunlavut Vitidsarn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan