awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan kriket NZ dikawal ketat susulan ancaman

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
23:41 MYT
Pasukan kriket NZ dikawal ketat susulan ancaman
Anggota tentera dan polis mengawal ketat Stadium Kriket Pindi selepas perlawanan antara Pakistan dan New Zealand dibatalkan. - Foto AP/Anjum Naveed
KAWALAN keselamatan diperketatkan terhadap pasukan kriket wanita New Zealand selepas ancaman diterima menjelang perlawanan antarabangsa menentang England di Leicester, hari ini.
England sebelum ini membatalkan jelajah pasukan lelaki dan wanita mereka ke Pakistan bulan depan, tiga hari selepas New Zealand berbuat demikian atas faktor keselamatan.
Cricket New Zealand memaklumkan satu emel ugutan telah dihantar ke Persatuan Kriket England dan Wales (ECB).
Laman web www.espncricinfo.com melaporkan pengurusan pasukan New Zealand diberitahu bom akan ditempatkan di hotel pasukan.
"Seperti yang telah dilaporkan, ECB telah menerima emel yang mengancam yang berkaitan dengan NZC,"
"Walaupun ini tidak secara spesifik merujuk kepada pasukan ini, kami anggap ia perkara serius dan sedang disiasat.
"Pasukan telah tiba di Leicester dan sebagai langkah berjaga-jaga, tahap keselamatan telah ditingkatkan," kata kenyataan NZ Cricket.
England mendahului lima siri perlawanan dengan 2-0.
Topic Berkaitan
#Kriket
#New Zealand
#bom
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan