Pasukan silambam Pulau Pinang muncul juara dunia di Qatar

Pasukan silambam Pulau Pinang sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Dunia 2025 yang berlangsung di Aspire Zone, Qatar pada 3 Okt lepas. - Foto FB Kumaran Krishnan
GEORGE TOW: Pasukan silambam Pulau Pinang sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Dunia 2025 yang berlangsung di Aspire Zone, Qatar pada 3 Okt lepas.
Ringkasan AI
- Pasukan silambam Pulau Pinang muncul juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Dunia 2025 di Qatar dengan kutipan sembilan emas, lima perak dan tiga gangsa.
- Pasukan sembilan atlet itu turut dinobatkan sebagai naib juara berdasarkan mata keseluruhan serta juara berkumpulan, hasil latihan intensif selama enam bulan.
- Kejohanan disertai 11 negara termasuk India, Qatar dan Malaysia, dengan India menjadi pencabar utama.
"Selain muncul juara keseluruhan, pasukan silambam Pulau Pinang yang mewakili Malaysia buat julung kali turut dinobatkan sebagai naib juara berdasarkan kutipan mata keseluruhan, selain meraih gelaran juara berkumpulan," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya kejayaan itu hasil komitmen tinggi, disiplin serta semangat juang luar biasa atlet yang beraksi dengan tekad mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Suseela berkata sembilan atlet yang bertanding itu adalah barisan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang, terdiri daripada empat lelaki iaitu K. Eimaiyan,16, T. Hemkiishen,14, S. Vickyneswaran,21, dan R. Prakash,31.
Lima atlet wanita pula ialah B.Darnisha,16, R.Bavana, 20, O.G.Thareenni,15, V.R. Raneeshaa,16, dan M.R. Rinnisha,19.
Katanya sebanyak 11 negara menyertai kejohanan itu termasuk Malaysia, Qatar, India, Emiriah Arab Bersatu (Dubai dan Abu Dhabi), Arab Saudi, Sri Lanka, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat dan Singapura, dengan pasukan India menjadi pencabar terkuat.
Suseela berkata pencapaian itu adalah yang terbaik setakat ini di peringkat dunia susulan kejayaan mereka muncul juara keseluruhan Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar pada Disember tahun lepas.
Beliau memaklumkan semua atlet menjalani latihan intensif selama enam bulan di bawah bimbingan jurulatih P. Ravindran, selain menyertai pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan sebagai persediaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami