Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India

Thinaah (kiri) mengakui kelincahan serta kepantasan pergerakan Fukushima-Matsumoto memberi tekanan berterusan sehingga menjejaskan kekuatan pertahanan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pentas final Terbuka India 2026 selepas disingkirkan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir di New Delhi, pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Pasangan wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, gagal mara ke final Terbuka India 2026 selepas kalah kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam separuh akhir di New Delhi.
- Fukushima-Matsumoto menang dengan skor 21-16, 21-13 dalam tempoh 46 minit, disebabkan kepantasan pergerakan dan serangan pantas yang menekan pertahanan Pearly-Thinaah.
- Thinaah mengakui perlu memperbaiki pertahanan, menjadi lebih peka ketika bertahan, dan tampil lebih agresif serta berani dalam permainan untuk menangani lawan yang bermain pada tempo tinggi.
"Dalam perlawanan ini, pihak lawan benar-benar memberi tekanan menerusi serangan pantas mereka dan situasi itu menyebabkan pertahanan kami kurang mantap. Ini aspek yang perlu kami perbaiki dan lebih berwaspada, terutama apabila berdepan lawan yang bermain pada tempo tinggi.
"Pada masa sama, kami perlu lebih peka ketika bertahan serta tampil lebih agresif dan berani dalam corak permainan," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan, semalam.
Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian edisi lalu apabila turut terkandas di peringkat separuh akhir.
Selepas ini, Pearly-Thinaah dijadual meneruskan cabaran negara pada kejohanan Masters Indonesia di Istora SEnayan, Jakarta, bermula Selasa ini, dengan bertemu gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai pada pusingan pertama.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


