RONALD Koeman percaya Lionel Messi gembira di Barcelona selepas satu lagi persembahan pecah rekod dipamerkan oleh pemenang Ballon d'Or enam kali itu.

Messi meledak gol ketiga ketika menang 3-0 ke atas Real Valladolid awal pagi tadi -- jaringan ke-644 kapten pasukan itu mengatasi bilangan jaringan terbanyak diledak bersama satu kelab yang dipegang oleh Pele sebelum ini.

Jaringan dalam separuh masa pertama daripada Clement Lenglet dan Martin Braithwaite membenarkan Barca selesa mendahului perlawanan di Estadio Jose Zorrilla sebelum Messi mengatasi rekod Pele yang beraksi selama 18 tahun di kelab Brazil, Santos.

Walaupun Messi menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab gergasi LaLiga itu, Koeman percaya bintangnya itu sekarang sudah gembira bersama pasukan.

"Saya sudah banyak mengatakannya," kata Koeman. "Saya melihat Leo gembira di sini.

"Dia sangat penting bagi kami dengan kreativitinya.

"Anda dapat melihatnya apabila terdapat pemain yang bagus di sampingnya."