GAZA: Seorang pegawai Palestin memuji majlis pembukaan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, serta berharap ia akan menjadi "peluang keemasan" bagi rakyat Palestin untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan China.
Sukan Asia Hangzhou yang dinantikan bermula pada Sabtu hingga 8 Oktober dengan upacara pembukaan yang menarik perhatian global.
Semasa majlis pembukaan, upacara menyalakan kawah digital yang belum pernah berlaku sebelum ini telah diadakan, di mana berjuta-juta pembawa obor digital mengubah api menjadi figura manusia digital di Sungai Qiantang sebelum menyalakan kawah bersama-sama dengan juara renang Wang Shun, yang membawa obor api sebenar di dalam stadium.
"Majlis perasmian itu sangat mengagumkan dan menggabungkan keaslian, sejarah dan pembangunan teknologi dalam menyalakan api digital," kata penolong setiausaha agung Jawatankuasa Olimpik Palestin, Mohammed al-Amsi.
Dalam temu bual eksklusif dengan Xinhua, Al-Amsi berkata, "Pencahayaan nyalaan api dan upacara perasmian amat berjaya, mempamerkan tahap organisasi yang sangat tinggi dan hebat, yang berlaku buat kali ketiga selepas Beijing dan Guangzhou."
Pegawai itu menyatakan bahawa rakyat Palestin "sangat bangga menjadi sebahagian daripada acara antarabangsa yang begitu penting, diadakan untuk kali ketiga di China, sebuah negara yang sangat menyokong Palestin."
"Lebih daripada 100 atlet Palestin kini berada di China, dan ia akan menjadi peluang keemasan bagi kami untuk mengukuhkan hubungan kami dengan China, yang mempunyai kedudukan istimewa di dalam hati Palestin," tambah Al-Amsi.
Menurut Al-Amsi, selama bertahun-tahun, China telah memberikan sokongan kewangan dan logistik kepada pembangunan sukan Palestin dengan melaksanakan projek sukan bagi meningkatkan kemahiran atlet dan membangunkan stadium tempatan di wilayah Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Al-Amsi berkata, "Pencahayaan nyalaan api dan upacara perasmian amat berjaya, mempamerkan tahap organisasi yang sangat tinggi dan hebat, yang berlaku buat kali ketiga selepas Beijing dan Guangzhou." - Foto Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.