KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kementerian itu dijangka melancarkan Pelan Induk Industri Sukan tahun ini.
Beliau berkata pelan itu telah disiapkan dengan penuh teliti oleh Sekretariat Industri Sukan dan pihaknya kini di peringkat mencari waktu yang sesuai untuk melancarkannya.
"Pada masa yang sama, kita juga akan menganjurkan Ekspo Industri Sukan bagi membuka mata dan minda rakyat tentang peluang serta ruang yang ada dalam industri sukan yang begitu besar.
"Matlamat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah untuk meningkatkan kesedaran bahawa industri sukan boleh mendatangkan pulangan yang begitu besar bukan hanya kepada atlet dan pemain tetapi juga orang ramai yang boleh melibatkan diri dalam industri berkenaan," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Terdahulu, ketika bersiaran dalam program itu, Ahmad Faizal berkata pihaknya menyedari kekecewaan beberapa persatuan sukan susulan pengguguran beberapa acara yang dipertanding pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang sedang berlangsung.
"Saya juga ingin memohon maaf bagi pihak KBS dan Majlis Sukan Negara atas kelemahan yang ada iaitu kita tidak dapat buat promosi besar-besaran untuk Sukma namun saya yakin mulai sekarang, akan ada lebih banyak hebahan dan saya percaya orang ramai akan ikuti acara yang diadakan," katanya.
Mengulas isu tunggakan gaji yang menghantui kerancakan liga bola sepak negara, beliau menyarankan agar semua pihak sentiasa realistik dan berpijak di bumi nyata ketika mempersiap pasukan masing-masing.
--BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Ahmad Faizal berkata pihaknya menyedari kekecewaan beberapa persatuan sukan susulan pengguguran beberapa acara yang dipertanding pada Sukma ke-20 yang sedang berlangsung. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Pelan Induk Industri Sukan bakal dilancar tahun ini - Faizal Azumu
Pelan itu disiapkan dengan penuh teliti oleh Sekretariat Industri Sukan dan kini menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkannya.