awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Nadzmi bukan atas dasar kompromi

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2013
11:37 MYT
Pelantikan Nadzmi bukan atas dasar kompromi
Keputusan Konfederasi Badminton Asia (BAC) melantik Datuk Seri Nadzmi Salleh sebagai presiden sementara badan induk itu bukan atas dasar kompromi.
Ini kerana timbul spekulasi ia bagi memastikan hanya satu wakil dari Asia yang akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Mei nanti.
Nadzmi yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi tampuk tertinggi BWF itu.
BAC pula mencetuskan kejutan apabila menyingkirkan presidennya, Katsuto Momii pada mesyuarat agung luar biasa di Bangkok, Thailand pada Ahad.
Keputusan itu diambil sebulat suara ahli gabungan BAC selepas Katsuto didapati gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai presiden.
Menurut Setiausaha Agung BAC, Surasak Songvarakulpan, ahli gabungan BAC merasakan Nadzmi sebagai pilihan tepat untuk badminton Asia.
Sekiranya Nadzmi menerima jawatan tertinggi BAC itu, Justian Suhandinata akan menjadi calon tunggal dari Asia bagi jawatan presiden BWF, menentang Paul Erik Hoyer Larsen.
Selain itu, beliau juga akan mendapat tempat automatik dalam jawatankuasa BWF.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Nadzmi Salleh
#Konfederasi Badminton Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan