awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelari pecut kebangsaan pilih SUKMA, tidak sertai Kejohanan Remaja Dunia

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2016
07:23 MYT
Pelari pecut kebangsaan pilih SUKMA, tidak sertai Kejohanan Remaja Dunia
Badrul Hisyam mahu pecah rekod kebangsaan milik Watson Nyambek dalam acara 100 meter - Foto fail
“Kami tetap akan ke SUKMA.”
Itu yang ditegaskan dua pelari pecut sensasi kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisham Abdul Manap apabila tetap dengan pendirian beraksi di Sukan Malaysia, SUKMA 2016 berbanding Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Poland, Julai depan.
Khairul yang meraih pingat emas acara 100 meter lelaki di Kejohanan Remaja Asia di Vietnam mendapat tiket beraksi dalam Kejohanan Remaja Dunia di Poland.
Namun, atlit dari Melaka itu tidak mahu berganjak daripada keputusannya untuk lebih memilih beraksi di SUKMA Sarawak apabila tarikh dua kejohanan itu bertembung.
Tegas Khairul, keputusan itu adalah daripada dirinya sendiri dan bukan paksaan oleh mana-mana pihak.
Bagi Badrul, tidak menjadi satu kerugian melepaskan peluang beraksi di kejohanan dunia malah dia yakin peluang sedemikian dapat dimiliki pada masa akan datang.
Badrul yang sekadar berpuas hati di tempat kelima dalam acara 100 meter di Vietnam ada sasaran sendiri di SUKMA yang masih belum tercapai iaitu mahu melebur rekod kebangsaan 10.30 saat milik Watson Nyambek.
Topic Berkaitan
#Khairul Hafiz Jantan
#Sukma 2016
#SUKMA Sarawak 2016. Badrul Hisyam Abdul Manap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan