awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan pemain: 'Hanya salah faham' - Tengku Hazman

Astro Arena
Astro Arena
12/02/2019
10:47 MYT
Pelepasan pemain: 'Hanya salah faham' - Tengku Hazman
Tengku Hazman menyifatkan masalah komunikasi sebagai punca salah faham. - Foto: TerengganuFC.com
JURULATIH Terengganu FC (TFC) II, Tengku Hazman Raja Hassan menyifatkan masalah komunikasi sebagai punca salah faham dengan pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee.
Mengakui dihubungi pada malam 10 Februari (Ahad), Tengku Hazman meminta tempoh sehingga selesai sesi latihan pertama pada Isnin (semalam) kerana TFC II masih diberi cuti selepas aksi Liga Perdana pada Jumaat.
Menurutnya, belum sempat memberi respon, Kim Swee sudah meluahkan kekecewaan sambil mendakwa TFC II tidak bekerjasama berhubung pelepasan Mohammad Ridzuan Razali.
Tengku Hazman berkata tidak wajar sekiranya Kim Swee hanya menyalahkan TFC II sedangkan beberapa kelab lain juga bertindak tidak melepaskan pemain masing-masing.
"Saya mengakui tidak menjawab dua panggilan dari nombor tidak dikenali kerana sedang memandu dan nombor itu tidak pula meninggalkan pesanan atau Whatsapp.
"Panggilan skuad negara merupakan tanda kecemerlangan dan TFC II sendiri menyokong pembabitan seperti penyerang, Muhammad Izzan Syahmi Mustapa," kata Tengku Hazman.
Enggan mengeruhkan keadaan, Tengku Hazman berharap prosedur panggilan menyertai kem kebangsaan diperbaiki walaupun hanya kepada pemain gantian.
"Mana-mana pemain akan dilepaskan untuk skuad negara dan saya meminta maaf sekiranya kesilapan komunikasi dari TFC II menjejaskan persiapan Malaysia," tambahnya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Ong Kim Swee
#pelepasan pemain
#pemain bola sepak
#tengku hazman raja hassan
#TFC II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan