KUALA LUMPUR: Keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar pasukan muda ke tiga kejohanan utama - Piala Sudirman, Thomas dan Uber - yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat, memberikan peluang kepada barisan pemain berkenaan untuk menyinar.
Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia berkata walaupun skuad negara kurang dari segi pengalaman, ia memberi peluang bagi beliau dan rakan sepasukannya untuk membuktikan kemampuan masing-masing, apabila turun beraksi menentang pemain yang lebih handal.
Juara All England 2021, yang juga merupakan ketua pasukan Piala Sudirman dan Thomas negara kali ini, mengakui bakal menghadapi cabaran besar apabila purata umur pemain negara antara 23 dan 24 tahun, dengan beliau dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi taruhan utama.
Pemain berusia 23 tahun itu, yang bakal turun selaku perseorangan lelaki utama negara di Piala Sudirman dan Thomas, berkata beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu berdasarkan pengalamannya di Sukan SEA Filipina dan Piala Sudirman di Nanning, China, kedua-duanya pada 2019.
"Bagi Piala Thomas, ini kali pertama saya galas tanggung jawab itu selepas persaraan Datuk Lee Chong Wei (pada pertengahan 2019), memang ada sedikit tekanan. Tetapi saya percaya boleh atasi masalah ini dengan sokongan rakan sepasukan kerana kita menang atau kalah, kita lakukan sebagai satu pasukan.
"Pengalaman pertama saya sebagai perseorangan utama adalah ketika Piala Sudirman 2019, ia memang menjadi pengalaman berguna dan menjadikan saya lebih matang," katanya kepada pemberita selepas lawatan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Amuzu ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, pada Sabtu.
Diminta mengulas mengenai peluang skuad negara untuk mengatasi Jepun yang hilang khidmat tiga pemain beregu lelaki ditambah prestasi Kento Momota yang kurang memberangsangkan ketika ini, Zii Jia berkata peluang melakar kejutan tetap ada, namun bergantung kepada situasi pada hari pertandingan.
Gandingan nombor enam dunia Keigo Sonoda-Takeshi Kamura dan Hiroyuki Endo (yang membentuk gandingan nombor lima dunia bersama Yuta Watanabe) telah mengumumkan persaraan selepas prestasi kurang baik di Sukan Olimpik Tokyo, bulan lepas.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun bagi kedua-dua saingan Piala Sudirman dan Thomas.
Piala Sudirman dijadual berlangsung di Vantaa, Finland dari 26 Sept hingga 3 Okt, manakala pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Aarhus Denmark dari 9 hingga 17 Okt.
Sementara itu, pemain beregu wanita Lee Meng Yean berkata beliau akan mencuba keserasian dengan beberapa pemain muda untuk membentuk gandingan yang mantap, dalam usaha kembali menduduki ranking 10 teratas dunia, susulan gandingannya Chow Mei Kuan mengumumkan persaraan selepas Olimpik Tokyo.
Meng Yean yang tidak akan beraksi di saingan Piala Sudirman, akan bergandingan dengan Go Pei Kee,19, di Piala Uber, manakala bagi kejohanan Terbuka Denmark (19-24 Okt) dan Terbuka Perancis (French Open) (26-31 Okt), pemain berusia 27 tahun itu akan beraksi bersama Yap Cheng Wen.
"Saya masih sedang mencuba keserasian, harap dapat diputuskan dengan cepat. Walaupun sudah lebih 10 tahun beraksi bersama Mei Kuan, saya rasa persaraannya membuka cabaran dan peluang baru bagi saya untuk mengembangkan karier saya bersama pemain lain, dengan harapan boleh menang lebih banyak gelaran pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021

Zii Jia (depan kiri) dan Meng Yean (depan, kanan) mengetuai bacaan ikrar ketika lawatan Ahmad Faizal ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, 18 Sept, 2021. --fotoBERNAMA

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.

Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.

Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.

Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.

'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.

Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.

Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.

Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia