KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan berpeluang meraih satu lagi gelaran musim ini apabila dijadual menyertai Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022 di wilayah Binh Duong, Vietnam dari 5 hingga 11 Ogos.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini, penyertaan pasukan muda negara pada kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) itu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 di Mongolia pada September.

Pada kejohanan itu, skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia baru-baru ini akan berentap menentang Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Skuad B-19 kebangsaan dijadual bertemu Thailand pada 5 Ogos, Vietnam (7 Ogos) dan menutup kempen saingan dengan berdepan Myanmar pada 9 Ogos. Penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 11 Ogos.

Sebanyak 20 pemain disenaraikan Hassan Sazali untuk mengikuti kem latihan pusat bermula 2 Ogos.

Daripada senarai itu, beliau hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejohanan B-19 AFF.

Berikut adalah 20 pemain dan senarai pemain dipanggil ke kem latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022:










































































































1.Syahmi Adib Haikal Mohd ShukriSelangor FC 2
2.Muhammad Khairi Suffian KhaineyusriSelangor FC 2
3.Muhammad Daniel Edzuan Mohd AnuarSelangor FC 2
4.Muhammad Izrin IbrahimSelangor FC 2
5.Nazrin Mohamad NasirSelangor FC 2
6.Danish Irfan EzalSelangor FC 2
7.Muhammad Adim Muzahhir Saipu AzuanSelangor FC 2
8.Aizat Aiman MazlanSkuad Projek FAM-MSN
9.Muhammad Ubaidullah Shamsul FaziliSkuad Projek FAM-MSN
10.Adli AhamadSkuad Projek FAM-MSN
11.Sheikh Mohammad Faris Sheikh Mohammad FaisalSkuad Projek FAM-MSN
12.Muhammad Harith Najwan JamilSkuad Projek FAM-MSN
13.Muhammad Hazim Jamal HishamSkuad Projek FAM-MSN
14.Muhammad Adam Uwais Mohd ArmiTerengganu FC III
15.Ahmad Rozaini Abu BakarTerengganu FC III
16.Muhammad Abu KhalilAkademi Mokhtar Dahari B-17
17.Rohisham Haiqal HashimAkademi Mokhtar Dahari B-17
18.Azhad Harraz ArmanSabah FC
19.Muhammad Idham MohamadKelantan United FC
20.Muhammad Farhan RahimUiTM FC B-21




Berikut senarai enam pemain bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan:




































1.Muhammad Syafiq Nurul HishamSkuad Projek FAM-MSN
2.Mohamad Sappie AshriSkuad Projek FAM-MSN
3.Muhammad Ismat Imran ZainalSkuad Projek FAM-MSN
4.Muhammad Fawwaz Muqrish RosliSkuad Projek FAM-MSN
5.Hazriq Haqqim Mohd IzhamAkademi Mokhtar Dahari B-17
6.Muhammad Haziq Mukriz Mohammed HasemuddinPenang FC B-17




-- BERNAMA