awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba Cub Prix kemalangan, isteri mohon doa rakyat Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2023
06:32 MYT
Pelumba Cub Prix kemalangan, isteri mohon doa rakyat Malaysia
Izzat kini bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan buat masa sekarang dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. - Foto Sinar Harian
PELUMBA negara, Md Izzat Zaidi ditimpa kemalangan semasa sesi super-pole pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor pada Sabtu.
Khabar sedih tersebut dimaklumkan oleh isteri pelumba itu menerusi laman sosial yang mengharapkan doa rakyat Malaysia agar diberi keajaiban dan kesembuhan buat suaminya.
Md Izzat merupakan pelumba dari CKJ Racing Team.
“Assalamualaikum, saya isteri kepada Md Izzat Zaidi ingin memohon doa kalian agar diberikan keajaiban serta kesembuhan buat suami.
“8 Oktober 2023. Izzat telah menjalani pembedahan disebabkan banyak kecederaan di bahagian paru-parunya dan sebahagian tulang rusuk yang patah.
“Izzat kini bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan buat masa sekarang dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Keadaannya sangat kritikal. Semoga Allah SWT mudahkan urusan dan angkat segala penyakit beliau. Amin - Isteri,” tulis isteri Izzat yang dikenali sebagai elyshanorizal.
Dalam pada itu, pasukan CKJ mengesahkan bahawa Md Izzat mengalami kemalangan tersebut selepas jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pelumba Cub Prix kemalangan
#Md Izzat Zaidi
#isteri mohon doa
#CKJ Racing Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan