JOHOR BAHRU: Pelumba CKJ Racing Team Md Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini, dekat Iskandar Puteri, tengah hari semalam.
Pengurus Pasukan CKJ Racing Amer Saad yang mengesahkan kejadian tersebut, berkata pelumba berusia 27 tahun itu, patah tulang rusuk kiri dan mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.
Beliau berkata pelumba berasal dari Selangor itu, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas selesai menjalani pembedahan pada 4 pagi tadi.
"Md Izzat masih bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan dan menurut doktor mereka akan tunggu dalam masa 48 jam untuk melihat sama ada masih terdapat pendarahan di paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya keluarga Md Izzat termasuk isteri beliau kini berada di HSA dan menunggu sama ada dibenarkan atau tidak untuk melawat pelumba berkenaan pada 4.30 petang ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan kemalangan tersebut.
Hari ini tular satu video berdurasi 26 saat di Facebook, dipercayai video kemalangan membabitkan pelumba tersebut yang menunjukkan jentera Yamaha dipacu sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.
Turut tular, hantaran dipercayai daripada isteri Md Izzat di Instagram milik ''elyshanorizal" yang memohon orang ramai agar mendoakan suaminya yang selesai menjalani pembedahan dan bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan.
Turut dimuat naik sekeping gambar dipercayai Md Izzat yang dipercayai baru selesai pembedahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Md Izzat bersama piala yang dimenanginya dalam perlumbaan pusingan keempat kategori Cup Prix (CP) 150 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jun lalu. - Gambar fail/Bernama
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Pelumba Izzat Zaidi kritikal selepas kemalangan di Cub Prix Malaysia
Pelumba Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia.