awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain badminton Malaysia bertunang dengan pemain badminton Jepun

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2025
00:50 MYT
Pemain badminton Malaysia bertunang dengan pemain badminton Jepun
Pasangan Ong Yew Sin dan Aya Ohori berkongsi berita gembira pertunangan mereka di media sosial. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan kedua-dua pemain itu di laman media sosial Instagram, pada awal pagi Khamis.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua mereka berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangan tersebut.
"Dia (Ohori) bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, berbeza cara hidup.
"Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh," kata mereka.
Perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Ohori sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-dua mereka dilihat kerap meluangkan masa secara bersama selain kelihatan mesra apabila berbual.
View this post on Instagram
A post shared by Ong Yew Sin (@ongyewsin)
Topic Berkaitan
#Ong Yew Sin
#Aya Ohori
#pemain badminton bertunang
#Malaysia-Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan