awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK
Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain muda terus cemerlang rangkul dua kejuaraan di Slovenia

Bernama
Bernama
22/05/2021
21:00 MYT
Pemain muda terus cemerlang rangkul dua kejuaraan di Slovenia
Ia adalah kejuaraan antarabangsa kedua bagi pasangan yang menghuni ranking ke-263 dunia itu. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Pemain muda badminton Malaysia mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk meraih dua kejuaraan pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Slovenia 2021 di Dras Centre, Maribor, semalam.
Pasangan beregu campuran, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei merangkul kejuaraan pertama selepas menewaskan pemain Indonesia, Muh Erwiansyah-Sofy Asharunnisa 21-18, 21-18 dalam pertarungan selama 32 minit.
Pasangan muda berusia 20 tahun itu, menewaskan pasangan Denmark-Sweden, Kirstoffer Knudsen-Malena Norrman 23-21, 21-17 dalam peringkat empat terakhir, pada pagi semalam untuk menempah tiket ke final.
Ia adalah kejuaraan antarabangsa kedua bagi pasangan yang menghuni ranking ke-263 dunia itu setelah memenangi Terbuka Poland dalam penampilan sulung mereka, Mac lalu.
Kejayaan itu turut diikuti oleh Low Yeen Yuan-Valeree Siow, yang merangkul kejuaraan beregu wanita.
Pasangan bukan pilihan berusia 19 tahun itu, berjaya mengejutkan pemain pilihan ketiga yang merupakan ranking dunia ke-133, Isabella Nielsen-Marie Steffensen dari Denmark 21-11, 21-15 untuk mengecap kejuaraan antarabangsa pertama mereka.
Yeen Yuan-Siow mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasangan Ukraine, Mariia Stoliarenko-Yelyzaveta Zharka 13-21, 21-13, 21-12, sebelum itu.
Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, dua beradik Cheng Su Hui-Cheng Su Yin gagal memastikan semua pemain Malaysia mara ke final apabila tewas kepada Isabella-Marie 21-15, 17-21, 19-17.
Dalam kategori beregu lelaki, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe terkandas pada peringkat separuh akhir selepas disingkirkan oleh pemain Indonesia Muh Erwiansyah-Patra Rindorindo dengan kemenangan straight set 21-9, 21-18.
Cabaran negara dalam kategoeri perseorangan wanita juga berakhir di separuh akhir apabila Siti Nurshuhaini Azman ditundukkan oleh Mutiara Puspitasari dari Indonesia 21-15, 21-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#slovenia
#menang
#beregu campuran
#beregu wanita
#Choong Hon Jian
#toh ee wei
#Low Yeen Yuan
#Valeree Siow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan