Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.
"Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah Al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah Al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Feb lepas.
Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.
"Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super. Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super," katanya.
Bernama
Sat Feb 08 2014
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.