Corak pemanduan lebih agresif dikenal pasti untuk meningkatkan prestasi pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dalam baki enam perlumbaan Kejohanan Motosikal Dunia musim ini.
"Mungkin akibat daripada cara pemanduan saya dalam perlumbaan sebelum ini (awal musim 2013), saya tidak boleh pergi laju dengan jentera yang ada sekarang.
"Saya baru mengenal pasti bahawa banyak yang boleh dilakukan dengan cara pemanduan dan tidak hanya bergantung kepada motosikal sahaja. Tumpuan kini adalah 100 peratus kepada cara tunggangan saya. Jentera yang ada sekarang ini memerlukan corak pemanduan yang agresif," katanya.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2013 di sini, semalam.
Majlis pelancaran edisi ke-23 Grand Prix Motosikal Malaysia itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.
Menurut Muhammad Zulfahmi, beliau menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan corak pemanduan musim lepas dengan jentera baharu musim ini.
Mengenai perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia yang akan berlangsung dari 11 hingga 13 Okt depan, beliau berharap dapat memberi persembahan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan.
"Untuk dua tahun berturut-turut (2011 dan 2012), saya berjaya memperolehi keputusan yang baik di Litar Sepang dan saya berharap dapat mengulanginya lagi kali ini.
"Harap-harap keajaiban akan berlaku di sini (Litar Sepang)," katanya, sambil menambah ketenangan adalah kunci utama mengatasi segala tekanan.
"Tekanan itu sentiasa sahaja ada tetapi saya kena sentiasa tenang sebab saya tahu di mana kelemahan saya. Yang paling penting sekarang ialah cara bagaimana untuk saya memperbaiki prestasi," katanya.
Menurut Muhammad Zulfahmi, kehadiran empat lagi pelumba Malaysia -- Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik (Moto3), Azlan Shah Kamaruzaman dan Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2) -- pada perlumbaan di Litar Sepang akan memberi motivasi kepada dirinya.
Bagaimanapun, fokus pelumba berusia 21 tahun itu ialah dua perlumbaan sebelum Grand Prix Motosikal Malaysia iaitu di Litar Misano, San Marino (15 Sept) dan Litar Aragon, Sepanyol (29 Sept).
Bernama
Sun Sep 08 2013
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Moto3: Juara dunia Alonso perbaharui rekod dengan penuh bergaya
David Alonso membuktikan kehebatannya sebagai juara dunia bagi kelas Moto3 apabila mencatat kemenangan ke-13 musim ini, pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 hari ini.
Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
Damok bermotivasi untuk pusingan terakhir CEV Moto3 di Valencia
Pelumba negara Syarifudin Azman kekal bermotivasi tinggi menuju ke pusingan terakhir CEV Moto3 pada hujung minggu ini di Litar Ricardo Tormo, Valencia di Sepanyol.
Tahniah Damok! Muhyiddin bangga Syarifuddin gegar Litar Catalunya
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Muhyiddin cukup berbangga dan gembira atas perkhabaran tersebut.
Grand Prix Itali: Pelumba Moto3 Jason Dupasquier meninggal dunia dalam nahas
Pelumba berusia 19 tahun mewakili Pruestel GP dari Switzerland itu mengalami kecederaan serius selepas terjatuh di selekoh ke-9 sebelum dilanggar pelumba lain.
Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi
Sebelum ini, Razlan meluahkan kekecewaan terhadap penunggang kelahiran Perak itu melakukan latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
COVID-19: MotoGP Qatar batal
Ia susulan larangan perjalanan yang dikeluarkan negara itu ke atas pengunjung dari Itali gara-gara penularan COVID-19.
Martin raih kejuaraan sulung Moto3 dunia di Sepang
Pelumba daripada Sepanyol itu yang mencatatkan 38 minit 34.799 saat (s), telah mendahului sejak awal perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Motosikal Malaysia 2018.