Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan susulan dengan juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Manny Pacquiao mengenai pembangunan sukan tinju di negara ini.
Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata KBS akan membincangkan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan sukan tempur itu dapat dibangunkan di Malaysia.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Senator Filipina itu kerana sudi menyumbangkan peralatan digunakannya semasa latihan untuk 'Fight of Champions' yang berlangsung di Axiata Arena, semalam kepada Malaysia.
"Apabila saya jumpa beliau pada minggu lepas, beliau kata selepas perlawanan itu, beliau akan tinggalkan ring dan infrastruktur untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Kami akan bincangkan apa yang akan dilakukan dengan peralatan itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada tayangan besar perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Dataran Merdeka, malam tadi.
BACA: Manny Pacquiao tumpaskan Lucas Matthysse, raih gelaran juara welterweight WBA
TONTON: Pacquiao mahu promosikan tinju di Malaysia
Pada pagi semalam, Syed Saddiq bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte, hadir menyaksikan pertarungan tali pinggang welterweight WBA di antara Pacquiao dan juara bertahan, Lucas Matthysse dari Argentina.
Peninju berusia 39 tahun itu yang dikenali sebagai 'Pacman' merampas kejuaraan selepas menewaskan Matthysse menerusi kiraan technical knockout (TKO) pada pusingan ketujuh di hadapan kira-kira 14,000 penonton.
Pacquiao mengumumkan bahawa beliau akan menyumbangkan peralatan tinju itu untuk kegunaan rakyat Malaysia pada sidang media selepas pertarungan itu, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 16 2018
Syed Saddiq Abdul Rahman berkata KBS akan membincangkan bagaimana kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memastikan sukan tempur itu dapat dibangunkan di Malaysia. - Foto Twitter /@ SyedSaddiq
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Pembangunan sukan tinju: KBS bincang dengan Pacquiao
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan susulan dengan juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Manny Pacquiao mengenai pembangunan sukan tinju di negara ini.