KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat pembentukan projek 'Road To Gold' (RTG) sebagai tindakan proaktif dan berani dalam menterjemahkan harapan rakyat untuk melihat Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang turut dilantik sebagai pengerusi bersama jawatankuasa RTG, berkata perkembangan itu menyaksikan MOM akhirnya diberi peluang bekerjasama dengan kerajaan ke arah merealisasikan impian emas sulung Olimpik.
Katanya pembentukan projek RTG juga dapat mengelakkan sebarang implikasi buruk terhadap usaha dan program yang telah dirancang sekiranya berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan.
"Sebelum ini saya sentiasa mengatakan, setiap kali kita ada perubahan polisi atau perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan, ia semacam memberi impak kepada perancangan kita dalam pelan jangka sederhana dan panjang.
"Sebab itu, projek RTG ialah tindakan untuk adakan jawatankuasa yang walaupun ada perubahan, kita yakin bahawa di peringkat menteri dan Presiden MOM ada di situ untuk meneruskan pelaksanaan program," katanya pada sidang media projek RTG di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini hari ini.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang merupakan pengerusi bersama jawatankuasa RTG mengumumkan pembentukan pasukan projek itu yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif untuk menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di Sukan Olimpik.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata pemenang pingat di Sukan Olimpik sebelum ini dan atlet yang menduduki ranking 10 terbaik dunia layak untuk berada dalam RTG.
Katanya dua pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan beregu lelaki badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik masing-masing hampir pasti berada dalam projek tersebut.
Namun, menurut beliau proses mengenal pasti calon masih lagi di peringkat 'pramatang'.
"Ia kerana kita belum melalui proses kelayakan Sukan Olimpik dan atlet akan dikenal pasti dalam kelompok yang berada dalam program Podium untuk kita angkat dan teliti apakah yang diperlukan untuk mereka capai kejayaan itu," katanya.
BACA: 'Road to Gold' bantu atlet buru emas pertama Olimpik
Jawatankuasa RTG akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi Sukan Olimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028.
RTG akan memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perkembangan itu menyaksikan MOM akhirnya diberi peluang bekerjasama dengan kerajaan ke arah merealisasikan impian emas sulung Olimpik. - Gambar fail/BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Perkara ini tidak boleh nak paksa, Hannah akur keputusan Zii Jia
"Saya tidak boleh memaksa atlet yang tidak mahu menerima Program RTG, ia terpulang kepada atlet untuk menerima atau sebaliknya."
Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.
Jawatankuasa RTG tahu isu dibangkit Azizulhasni, keputusan pada mesyuarat akan datang
Ketidakpuashatian dibangkitkan jaguh berbasikal Azizulhasni Awang, diharapkan akan dapat diselesaikan ketika mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold, yang akan diadakan dua minggu lagi.
Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai
Jaminan kepadanya untuk mendapatkan persediaan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne hujung tahun lalu masih tidak ditepati.
Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.
Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza
Pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya tanpa mengira sama ada pemain bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.
PKBM minta KBS senarai Muhammad Fadhil dalam program 'Road To Gold'
Kelibat Muhammad Fadhil disifatkan sebagai satu keperluan selaku pelumba sandaran bagi acara pecut berpasukan.
Pembentukan 'Road to Gold' tindakan proaktif, berani - Presiden MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat pembentukan projek 'Road To Gold' (RTG) sebagai tindakan proaktif dan berani.
Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.