awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penalti 'Panenka' Jacob hadiahkan Kelantan United tiga mata sulung

Bernama
Bernama
27/03/2022
21:20 MYT
Penalti 'Panenka' Jacob hadiahkan Kelantan United tiga mata sulung
Jaringan ditunggu-tunggu akhirnya menjelma pada minit ke-56, menerusi sepakan penalti Jacob. - Foto Facebook Kelantan United Football Club
KUALA LUMPUR: Kelantan United FC meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Premier 2022, selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM FC pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import dari Nigeria Njoku Jacob pada babak kedua, yang menyaksikan penyerang berusia 24 tahun itu tenang menyempurnakan sepakan penalti ala 'panenka', sekali gus muncul wira Kelantan United.
Kemenangan itu adalah kejayaan dinanti-nantikan anak buah pengendali Syamsul Saad, selepas mereka tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) II pada aksi pembukaan sebelum ini.
Pada aksi tersebut, 45 minit pertama permainan menyaksikan aksi seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan, dengan PDRM berjaya mencipta lima percubaan berbanding Kelantan United (dua), namun masing-masing hanya mampu melakukan satu percubaan tepat ke arah gawang.
Bersambung babak kedua, Kelantan United tampil lebih garang sebelum jaringan ditunggu-tunggu akhirnya menjelma pada minit ke-56, menerusi sepakan penalti Jacob selepas pertahanan PDRM Saiful Hasnol Mohd Raffi menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.
Keputusan 1-0 berpihak Kelantan United kekal hingga tamat perlawanan, selepas usaha kedua-dua pasukan memburu jaringan menemui jalan buntu, sekali gus menyaksikan PDRM FC menerima kekalahan pertama musim ini.
Selepas ini, Kelantan United dijadual bertemu Skuad Projek FAM-MSN sementara PDRM FC akan berdepan Terengganu FC (TFC) 2.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Premier
#bola sepak
#Kelantan United FC
#PDRM FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan