awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penang FC bakal lakukan rombakan besar-besaran pemain - Wan Rohaimi

Bernama
Bernama
08/12/2025
01:50 MYT
Penang FC bakal lakukan rombakan besar-besaran pemain - Wan Rohaimi
Wan Rohaimi berkata, beliau kecewa dengan persembahan longlai pasukannya yang banyak melakukan kesilapan mudah sehingga dibolosi lima kali. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Penang FC dijangka membuat rombakan pemain susulan kekalahan besar kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, beliau kecewa dengan persembahan longlai pasukannya yang banyak melakukan kesilapan mudah sehingga dibolosi lima kali.
Beliau berkata, ini termasuk pada babak kedua apabila pelawat memperoleh gol mudah akibat kesilapan ketika cuba menghantar bola kepada penjaga gol yang kemudian dipintas penyerang lawan sekali gus mematahkan semangat untuk bangkit setelah ketinggalan tiga jaringan pada separuh masa pertama.
"Saya tidak mahu memberi alasan, tetapi saya sangat kecewa," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan.
Pengendali berusia 49 tahun itu memahami kekecewaan penyokong yang tetap hadir ke stadium, namun dibalas dengan keputusan memalukan dan berharap anak buahnya mengambil iktibar di atas kekalahan itu.
Sementara itu, ketua jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang bermain cemerlang meskipun tumpuan mereka sedikit terganggu apabila perlawanan terpaksa dihentikan sebanyak dua kali berikutan masalah pencahayaan di stadium.
Beliau berkata, perjalanan sepanjang liga cukup meletihkan dan ini menyebabkan pemain ada ketikanya tidak berada pada tahap terbaik, namun mereka berjaya bangkit dengan jurulatih sentiasa memberi semangat agar terus fokus serta tidak melakukan kesilapan mudah.
"Saya membuat satu atau dua pelarasan taktikal dan menerangkan kepada mereka. Biasanya, kami melakukan ini semasa separuh masa," katanya.
Perlawanan malam tadi menyaksikan Selangor menang besar 5-1 namun permainan tergendala dua kali pada separuh masa pertama berikutan masalah lampu limpah terpadam dan tidak berfungsi dengan baik.
Kekalahan ketujuh itu sekali gus meletakkan Harimau Kumbang di tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul lima mata daripada 10 perlawanan manakala Red Giants di kedudukan keempat dengan 19 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penang FC
#rombakan Penang FC
#Wan Rohaimi Wan Ismail
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan