GEORGE TOWN: Tewas 0-1 menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di laman sendiri pada perlawanan keempat Liga Super malam tadi, nyata memberikan tamparan hebat buat Penang FC apatah lagi bakal berdepan pasukan sama dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, minggu depan.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bertekad akan memastikan pasukannya bangkit memberikan persembahan yang lebih baik, sekali gus mengubati kekecewaan penyokong setia yang mahu melihat pasukan mereka memperoleh kemenangan sulung, selepas tiga kali seri pada perlawanan liga.
Akmal mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan, selain kesilapan kecil oleh pemain hingga menyebabkan mereka gagal mendapatkan penyudah terbaik, meskipun mencipta banyak ruang dan peluang untuk menghasilkan jaringan.
"Pemain telah lakukan tugas dengan cemerlang namun sedikit kealpaan, kesilapan menyebabkan kita dihukum dengan kekalahan pada malam ini (semalam).
"Berdasarkan keputusan tersebut, sudah tentu banyak kelemahan yang akan kita baiki untuk menjelang perlawanan sekali lagi menentang Kedah (Piala FA), jadi kita perlu merencanakan dengan baik bagi memastikan kita berpeluang mencipta sesuatu untuk layak ke separuh akhir," katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Pengendali berusia 42 tahun turut mengakui, ketiadaan penyerang import dari Brazil, Rodrigo Dias akibat kecederaan sedikit sebanyak menjejaskan persembahan pasukan, namun berharap pemain itu akan dapat kembali beraksi memandangkan dia sudah pulih walaupun masih belum cukup cergas.
Namun, beliau optimis pemain itu dapat diturunkan bagi menerajui barisan serangan memandangkan masih ada tempoh masa seminggu lagi sebelum perlawanan.
Sementara itu, pengendali KDA FC, Nafuzi Zain berpuas hati dengan keputusan yang berpihak kepada pasukannya sekali gus memberikan semangat dan suntikan moral kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan akan datang.
"Penang FC memberikan ancaman kepada KDA FC sepanjang 90 minit permainan berlangsung, namun kemenangan berpihak kepada pasukan dan tiga mata ini penting kerana ia membuka peluang untuk kita bersaingan dengan pasukan teratas (liga).
"Begitu pun, banyak yang perlu dilakukan untuk memperbaiki permainan, kita ada masa seminggu untuk berlatih sebelum Piala FA minggu depan," katanya.
Pada perlawanan malam tadi, penyerang gantian dari Ghana Ebenezer Assifuah menjadi wira KDA FC selepas menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit ke-78, sekali gus menyaksikan Penang FC menghadapi kekalahan pertama selepas tiga kali seri sebelum ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Akmal Rizal tekad memastikan pasukannya bangkit memberikan persembahan yang lebih baik, sekali gus mengubati kekecewaan penyokong setia yang mahu melihat pasukan mereka memperoleh kemenangan sulung.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Liga Malaysia: Jaringan tunggal Ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
Ong Kim Swee puji disiplin pemain Sabah FC, benam Penang FC 4-0
Ong Kim Swee puji disiplin oleh anak buahnya sepanjang 90 minit permainan ketika membenam Penang FC dengan jaringan 4-0, malam tadi.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Liga Super: Akmal Rizal tidak puas hati Penang FC hanya seri dengan NSFC
Katanya, akibat melakukan kesilapan kecil, Harimau Kumbang terlepas peluang memperoleh tiga mata berharga yang amat diperlukan ketika ini.
Liga Super: JDT berpesta gol tewaskan Penang FC 5-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan apabila meratah Penang FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Liga Super: Penyerang dari Australia taruhan baharu Penang FC
Skuad Penang FC memperkenalkan penyerang dari Australia, Dylan Wenzel-Halls, sebagai pemain baharu yang akan memperkuatkan skuad Harimau Kumbang.
Merzagua kesal penyokong buli pemain muda Penang FC
Pengarah Teknikal Penang FC Merzagua Abderrazak kesal dengan tindakan segelintir penyokong pasukan itu yang berterusan mengeluarkan kata-kata kasar serta membuli pemain PFC III (B20) dan PFC IV (B18).
Kemenangan sulung di laman sendiri suntik semangat Penang FC terus beraksi cemerlang
Tiga mata berharga itu juga cukup melegakan terutama penyokong yang telah lama menanti persembahan bertenaga daripada pasukan itu.
Penang FC benam KDN FC 3-0
Beraksi di hadapan 1,543 penyokong, Penang FC bermula garang seawal minit permainan menerusi beberapa percubaan ke arah pintu gol pasukan pelawat.