GEORGE TOWN: Larian Maya Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2021 yang bertema 'A Run Towards Normalcy' akan dibuka untuk pendaftaran pada 22 Okt ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata larian maya itu, yang dijadualkan bermula pada 21 Nov (12 tengah malam) dan berakhir pada 20 Dis 2021 (11.59 malam), akan dibuka untuk rakyat Malaysia dan pelari maraton seluruh dunia di www.penangmarathon.gov.my, tanpa sebarang fi.
Beliau berkata terdapat tiga kategori cabaran baharu iaitu lima pasukan terbesar, 10 pelari dengan jarak paling jauh serta 10 pelari pertama yang mencapai jarak 100 kilometer (km), 300 km dan 500 km.
"Lima pasukan terbesar dari segi ahli akan diberikan piala. Setiap ahli (13 tahun dan ke atas) perlu mencatat minimum 5 km dalam satu aktiviti.
"Bagi 10 pelari dengan jarak paling jauh, 10 pelari bagi setiap jantina dengan jarak paling jauh dalam tempoh perlumbaan akan menerima pingat pencapaian khas. 10 pelari pertama bagi setiap jantina yang mencapai 100 kilometer (km), 300 km serta 500 km juga akan diberikan pingat khas dan pemenang berulang adalah dibenarkan," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.
Selain kategori baharu, Yeoh berkata tiga kategori konvensional akan berlangsung seperti biasa iaitu 10 km, 21 km (separa maraton) dan 42 km (maraton) dengan tambahan larian ria sejauh 5 km.
Beliau berkata pelari yang berminat menyertai kedua-dua acara perlu mendaftar secara berasingan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
'A Run Towards Normalcy' akan dibuka untuk pendaftaran pada 22 Okt ini.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Seramai 42,000 peserta termasuk luar negara sertai KLSCM 2024
Beberapa tahun kebelakangan, KLSCM mengambil langkah mempromosikan acara itu di luar negara menerusi pengiklanan media sosial yang disasarkan.
Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu
Tola melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:06:26, mengatasi rekod Sukan Olimpik sebelum ini iaitu 2:06:32 oleh Samuel Wanjiru dari Kenya.
Lebih 5,000 peserta dijangka sertai Melaka International Marathon 2024
Tarikh tersebut meliputi penyerahan kit larian pada 22 dan 23 Ogos, acara larian dan separa maraton (24 Ogos) dan maraton pada 25 Ogos.
KLSCM 2023: Sakit lutut bukan penghalang Poovasanathan juarai Terbuka Malaysia
Kesakitan di lutut kanan yang mula ditanggungnya sebaik memasuki kilometer ke-35 menyebabkan dia terpaksa memperlahankan larian.
Pendaftaran Larian Maya Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang dibuka 22 Okt
Larian itu dibuka untuk rakyat Malaysia dan pelari maraton seluruh dunia tanpa sebarang fi.
Hubung kait larian maraton dan risiko serangan jantung
Berwaspada jika mengalami simptom seperti sakit dada, sesak nafas, rasa kebas di bahagian bahu kiri atau rahang atau kepenatan melampau sebelum dan selepas melakukan larian.
21 peserta maraton di China maut akibat cuaca ekstrim
Beberapa peserta maraton di Baiyin, China dilaporkan hilang selepas penurunan suhu secara drastik.
Lama berehat? Ini tip untuk pelari yang ingin memulakan semula aktiviti larian
Tidak kurang juga yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti larian yang semakin diminati, apatah lagi kelonggaran telah diberikan untuk kita terus kekal cergas dan sihat
KLWBC2020: Karya Gadis Maraton
Saban tahun Rebecca Ilham akan terbang berkelana dan mengitari kota demi kota di Jepun pada musim maraton.
KL Standard Chartered Marathon 2020 dibatalkan
Peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.