IPOH: Pengalaman jelas menjadi pemisah antara pasukan Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Perak, malam tadi.
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah berkata faktor itu digunakan sepenuhnya oleh skuad Harimau Selatan untuk menghukum kegugupan pemainnya yang dibarisi kebanyakan pemain muda.
"Para pemain terlalu menghormati lawan, itu menyebabkan pemain saya agak gugup dan gol pertama yang mereka jaringkan seawal minit ketujuh perlawanan sedikit sebanyak merencatkan moral pemain.
"Kita kalah dengan jaringan yang agak besar namun saya puji pemain saya kerana berjuang-juang habis-habisan sepanjang perlawanan," katanya pada sidang media sejurus selesai perlawanan malam tadi.
Dalam aksi tersebut, empat gol yang dihasilkan JDT diperoleh melalui jaringan Oscar Arribas pada minit ketujuh, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-12, Shahrul Saad (minit ke-71) serta Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-80.
Gol sagu hati The Bos Gaurus pula dijaringkan pemain import dari Argentina Luciano Guaycochea pada minit ke-72.
Yusri berkata walaupun tewas dengan jumlah jaringan yang besar namun beliau enggan mengaku kalah dan berjanji akan terus memberi saingan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 2 Nov ini.
"Kita akui perlawanan di sana (JDT) memang sukar tetapi apa jua boleh berlaku dan kita perlu teruskan perjuangan ini sehingga ke garisan penamat," katanya.
Sementara itu, pengendali JDT Esteban Solari berkata meskipun pasukannya melakar kemenangan selesa namun ia bukan satu tugas mudah kerana pemain Perak beraksi dengan bermati-matian.
"Mereka (Perak) berikan tentangan yang sengit dan ada beberapa ketika meletakkan kami dalam situasi sukar. Bagaimanapun, secara keseluruhan pemain saya beraksi dengan baik lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.
"Saya juga rasa ada satu atau dua peluang yang boleh menghasilkan gol namun kita tidak bernasib baik. Secara keseluruhan saya gembira dengan keputusan ini," katanya.
Beliau berkata pasukannya tidak akan mengambil mudah aksi timbal balik yang akan diadakan di SSI, selain optimis untuk melakar kemenangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
![Pengalaman jadi pemisah antara Perak FC dan JDT Pengalaman jadi pemisah antara Perak FC dan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697773986_YusriCheLah.jpg)
Ketua Jurulatih Perak Fc Yusri Che Lah memerhatikan anak buahnya ketika bertemu JDT dalam saingan Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak. - Foto BERNAMA
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Impian terakhir Muslim Ahmad Impian terakhir Muslim Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708845549_MuslimAhmad.jpg)
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
![Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super? Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704426644_kyrgyzstan.jpg)
Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?
Dua pasukan Liga Super dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten skuad B-23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.
![Rahsia 10 tahun kejayaan JDT Rahsia 10 tahun kejayaan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702119965_TBPIALAMALAYSIA.jpg)
Rahsia 10 tahun kejayaan JDT
Antara elemen penting ialah sikap profesional dan kemudahan yang dimiliki JDT serta sokongan komuniti dan peminat.
![Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702248435_NorAsiahRashid.jpg)
Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia
Nor Asiah berkata dia dan suaminya, serta anak mereka, duduk berasingan ketika perlawanan bola sepak itu berlangsung.
![Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702096930_TBJordiAmat.jpg)
Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat
Kapten JDT Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
![Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702076108_PialaMalaysia.jpg)
Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak
Keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang'.
![Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668297528_TrenGenerasiBaru.jpg)
Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini
Ia bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.
![Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701851997_StadiumNasionalBu.jpg)
Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.
!['Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ 'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701680700_TBpadangjpg.jpg)
'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.
![PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701658583_TBLigaSuperjpg.jpg)
PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus
Beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan.