awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengalaman Mike Mahen cukup berharga buat MBBF

Astro Arena
Astro Arena
22/03/2024
05:00 MYT
Pengalaman Mike Mahen cukup berharga buat MBBF
Syarul Azman (dua, kiri) yang turut mesra disapa Mike, mengambil keputusan untuk bersara selepas lebih 20 tahun bergelar atlet bina badan negara. - Gambar/ Stadium Astro
PRESIDEN Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Mejar Jeneral (B) Datuk Ahmad Badrus Othman, mahu melihat jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, terus mencurahkan pengalamannya untuk masa depan sukan.
"Pengalaman yang dimiliki Mike cukup berharga dan kami berharap dia dapat terus menabur pengalaman kepada barisan atlet-atlet bina badan negara yang lain untuk terus ke hadapan," katanya.
Sebelum ini, Syarul Azman yang turut mesra disapa Mike, mengambil keputusan untuk bersara selepas lebih 20 tahun bergelar atlet bina badan negara.
Menerusi sidang media, Mike berkata: "Saya mengalami kecederaan kaki (lutut kanan) dan bahu sejak 2001 lagi.
"Sudah lama saya menanggung kesakitan, namun kerana sayangkan sukan ini, saya gagahkan diri demi negara.
"Setelah lama berfikir, ini masa sesuai untuk saya bersara," katanya.
"Kini sudah tiba masa untuk saya mencurahkan pengalaman yang dimiliki kepada atlet bina badan yang lain.
"Sejak tahun lalu saya setelah tamat saingan di Nepal, saya telah mula memikirkan kebarangkalian untuk beraksi tahun ini, namun saya perlu mengambil keputusan untuk bersara.
"Ramai yang tidak mengetahui persiapan untuk menjalani kejohanan bina badan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi, masa, latihan serta daripada segi pemakanan.
"Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama ini," katanya.
Persaraan Mike menyaksikan dia kini dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sports Physique Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF). - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mike Mahen
#mbbf
#pengalaman berharga
#atlet pelapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan