awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilalihan Perak FC: Pemain bebas cari pasukan baharu - Pengerusi

Bernama
Bernama
07/05/2025
12:55 MYT
Pengambilalihan Perak FC: Pemain bebas cari pasukan baharu - Pengerusi
Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, beliau enggan memberi harapan kepada para pemain mengenai urusan pengambilalihan pasukan itu. - Bernama
IPOH: Barisan pemain Perak FC diberi kebebasan untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pasukan bagi meneruskan kerjaya bola sepak mereka.
Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, beliau enggan memberi harapan kepada para pemain mengenai urusan pengambilalihan pasukan itu.
"Jadi, pemain bebas untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu Abdul Azim memaklumkan terdapat sekurang-kurangnya tiga entiti komersial yang berminat untuk mengambil alih pemilikan Perak FC.
Perkembangan itu memberi harapan baharu buat penyokong The Bos Gaurus susulan pengumuman penarikan diri daripada saingan Liga Super musim depan akibat beban kewangan mencecah hampir RM40 juta sejak tiga tahun lepas.
Sementara itu, Abdul Azim berkata rundingan bersama pihak ketiga yang mewakili entiti komersial berkenaan telah dibuat pada minggu lepas.
Beliau berkata antara perkara penting yang dibincangkan adalah untuk mengadakan pertemuan segera dengan pemilik entiti berkenaan bagi mengetahui secara terperinci urusan pengambilalihan itu.
"Perbincangan berlangsung lancar dan kita harapkan pertemuan dengan pemilik entiti dapat disegerakan.
"Perkara ini penting untuk mengetahui syarat-syarat yang diletakkan serta sejauh mana minat mereka untuk mengambil alih Perak FC," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengambilalihan
#Perak FC
#pemain perak fc
#kerjaya
#Abdul Azim Mohd Zabidi
#bos gaurus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan