TOTTENHAM mengesahkan bahawa pengurusnya, Antonio Conte, diuji positif COVID-19.

Bagaimanapun, kelab itu berharap pengendali berusia 52 tahun berkenaan akan dapat terlibat dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton and Hove Albion di London Utara hujung minggu ini.

Antonio diuji positif COVID-19 pada hujung minggu lalu dan sedang diasingkan dengan sebaiknya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu.

"Kami menjangkakan dia bebas daripada sebarang gejala dan dapat mengemudi pasukan bagi perlawanan Sabtu ini."