Pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang akan dipilih pada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan terbabit hari ini diminta mengambil perhatian terhadap kebajikan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Kelantan terutama dari aspek tunggakan gaji.
Ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata walaupun isu tunggakan gaji adalah satu isu sensitif namun beliau harus membela pemain kerana rata-rata masih tidak menerima bayaran gaji dalam tempoh hampir tiga bulan.
"Bukan saya meminta kelebihan dari segi apapun namun sebagai manusia saya perlu membela pemain beraksi malam ini (Jumaat malam) tanpa dibayar gaji dua bulan setengah namun apabila dinilai dengan keinginan mereka (pemain) seolah-olah dibayar setiap bulan.
"Begitu juga ada di kalangan kami (jurulatih) masih lagi tidak menerima gaji hampir tiga bulan namun mereka hadir ke tempat latihan tanpa jemu dan tanpa alasan," katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Premier menentang Selangor United di Stadium Sultan Muhammad lV di sini, malam tadi.
Pada perlawanan tersebut pasukan Kelantan berjaya menewaskan Selangor United 2-0 hasil jaringan penalti Nik Akif Syarihan Nik Mat pada minit ke-45 dan Nik Azli Nik Alias minit ke-50.
Yusri berkata dengan keadaan yang dialami pemain, beliau berterusan memberikan motivasi supaya pemainnya terus bersemangat kerana hanya kemenangan dapat membantu pasukan untuk terus bersaing di Liga Premier musim depan.
"Pemain sanggup melakukan sesuatu untuk pasukan malah ada yang tidak sihat sanggup memberikan komitmen kepada pasukan menawarkan diri untuk diturunkan malam ini.
"Mereka telah memberikan jiwa walaupun tidak sihat, saya rasa jika saya ingin menangis kerana pemain saya yang cukup berdedikasi dan komitmen," katanya.
Katanya beliau amat yakin sekiranya pengurusan baharu Kafa menjaga dengan baik pemain muda Kelantan, pemain-pemain itu akan mampu mengembalikan imej pasukan di kancah Liga Malaysia (Liga-M).
"Kerjayaan pasukan melalui pemain muda ketika ini tidak terhasil dalam tempoh satu dua tahun dan tidak salah pengurusan baharu dengan manifesto dan keyakinan baharu menjaga pemain ini yang rata-rata berumur 20 sehingga 21 tahun yang perlu banyak belajar untuk membawa kejayaan kepada pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2019
YUSRI: Ada di kalangan kami (jurulatih) masih lagi tidak menerima gaji hampir tiga bulan namun mereka hadir ke tempat latihan tanpa jemu dan tanpa alasan.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kelantan United tidak culas bayar gaji pemain
Usaha itu memperlihatkan komitmen pengurusan kelab dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Palsu bayaran gaji peneroka, bekas penyelia Felda dipenjara dan didenda
Perbuatan tertuduh terbongkar selepas ibu pejabat Felda menerima aduan terdapat peneroka tidak menerima gaji.
Isu gaji: KFA buat Aidil Sharin tertanya-tanya
Ia berdasarkan kekeliruannya apabila pihak KFA dikhabarkan masih mahu berunding mengenai baki pembayaran gaji yang masih tertunggak itu.
Pengurusan baharu Kafa diminta ambil perhatian kebajikan pemain, jurulatih Kelantan
Nasib pemain perlu dibela kerana rata-rata masih tidak menerima bayaran gaji dalam tempoh hampir tiga bulan.
Pemain dari empat pasukan sudah terima bayaran tunggakan gaji - PFAM
Pemain yang sudah menerima bayaran ini adalah mereka yang membuat laporan dan telah mendapat keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM.