PETALING JAYA: Pembantu jurulatih baharu Selangor FC masih dalam pemilihan ketua jurulatih kelab itu Nidzam Jamil, kata Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Datuk Dr Johan Kamal Hamidon.
Beliau berkata kelab itu memberi 100 peratus tanggungjawab kepada pengendali berusia 43 tahun itu untuk memilih individu yang akan membantunya dalam mengendali skuad Gergasi Merah bagi musim ini.
"Kita akan membawa masuk dua ke tiga pegawai baharu, Nidzam sedang meneliti resume, kita memberi mandat dan tanggungjawab ini kepada Nidzam untuk memilih sendiri siapa yang perlu ada dalam barisan beliau.
"Ada beberapa calon, berkemungkinan ketua jurulatih akan bawa masuk seorang penolong jurulatih dari luar negara, antaranya beliau (calon) pernah menjadi pemain di Malaysia zaman Nidzam, dari Australia," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Selangor FC di sini malam tadi.
Sementara itu, Nidzam berkata beliau mahu seorang jurulatih tempatan dan seorang jurulatih luar membantunya untuk memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.
"Kita ada kenal pasti calon, kita akan bawa masuk jurulatih dari luar dan seorang tempatan, dalam masa sama kita kena ada jurulatih tempatan untuk mantapkan Selangor FC.
"Kriteria paling penting untuk bakal pembantu jurulatih ialah dia berpengetahuan luas, tahu hala tuju Selangor FC, jelas tentang cita-cita kami, dan ada pengalaman di peringkat Asia," katanya.
Nidzam yang merupakan pengendali sementara Selangor FC diumumkan secara rasmi selaku ketua jurulatih pasukan itu bagi musim 2024/25 pada 16 Mac lepas.
Skuad Gergasi Merah sebelum ini dibimbing ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dengan dibantu Nidzam dan Roman Marcote, bagaimanapun Cheng Hoe kini bersama kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Johan berkata kelab itu memberi 100 peratus tanggungjawab kepada Nidzam untuk memilih individu yang akan membantunya dalam mengendali skuad Gergasi Merah bagi musim ini. - Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Penolong jurulatih baharu Selangor FC masih diteliti - Johan Kamal
Pembantu jurulatih baharu Selangor FC masih dalam pemilihan ketua jurulatih kelab itu Nidzam Jamil.
Nidzam Jamil bakal naik pangkat sebagai pengendali tetap Selangor
Johan Kamal mengesahkan bekas jurulatih Thailand, Alexandre 'Mano' Polking tidak akan dilantik untuk mengemudi The Red Giants.
Selangor FC umum pengganti Cheng Hoe dalam seminggu
Selangor FC dijangka mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam seminggu lagi bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang telah berhijrah.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Netizen ternganga video perkenalkan Nooa Laine
Nooa juga mempunyai satu kap senior bersama Harimau Malaya, yang dicapainya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.