awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong ada sebab boikot Piala Dunia Qatar, kata Louis van Gaal

Astro Arena
Astro Arena
16/11/2022
22:40 MYT
Penyokong ada sebab boikot Piala Dunia Qatar, kata Louis van Gaal
Louis van Gaal, ketua jurulatih Belanda. - Foto Astro ARENA
KETUA jurulatih Belanda, Louis van Gaal, memihak kepada penyokong yang memutuskan untuk memboikot Piala Dunia di Qatar.
Selepas penantian selama 12 tahun yang sarat dengan kontroversi, edisi Piala Dunia pertama yang bakal dilangsungkan di Timur Tengah itu bakal membuka tirai pada Isnin yang menyaksikan Qatar menentang Ecuador.
Tuan rumah terpalit dengan isu hak asasi manusia berikutan layanan terhadap pekerja asing dan larangan homoseksualiti sambil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menulis surat kepada semua negara yang mengambil bahagian apabila menggesa mereka agar memberi tumpuan kepada bola sepak.
Cadangan itu tidak diterima yang menyaksikan beberapa negara mula bersuara, dan Van Gaal telah melahirkan sokongannya terhadap peminat yang memboikot kejohanan berkenaan.
"Saya fikir tindakan mereka betul untuk berbuat demikian kerana mereka percaya dengan pendirian mereka dan mereka perlu melakukannya, jadi tiada masalah mengenai hal ini," katanya.
Hello @FIFAWorldCup, we're here! Can't wait to get started! #NothingLikeOranje pic.twitter.com/JfjUzodO21
— OnsOranje (@OnsOranje) November 15, 2022
“Dan saya berharap kami bermain dengan sangat hebat hingga penghujung kejohanan dan apabila kami beraksi dalam perlawanan akhir, mereka akan melihat di televisyen betapa hebatnya kami.
“Saya fikir anda perlu menganjurkannya di negara bola sepak, lebih banyak pengalaman tentang segala-galanya tetapi pemilihan (tuan rumah) ini juga mampu merangsang sesebuah negara dengan cara lain, dengan cara yang betul.
“Ini juga sebuah negara kecil, keluarga saya mahupun rakan-rakan saya kerap menghadapi kesukaran untuk mencari venue itu, jadi ia juga satu teguran.
"Organisasi, padang dan aspek kemudahan pula sangat bagus."
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#boikot
#Louis van Gaal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan