KUALA LUMPUR: Penyokong dilarang membawa masuk dan mengibar bendera berunsurkan politik pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam esok.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ACP (B) Md Dali Wahid berkata tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana penyokong yang didapati berbuat demikian selain menegaskan aksi final di stadium bukanlah tempat untuk meraikan atau menunjuk rasa tidak puas hati mengenai perkara berkaitan politik.
"Mungkin kita masih terawang-awang dan teringatkan apa yang berlaku dalam negara ketika ini. Bendera-bendera melibatkan politik mungkin boleh buat orang di luar rasa tidak puas hati dan sebagainya.
"Jadi, jangan bawa masuk ke dalam stadium (apa-apa barangan) yang boleh cetuskan provokasi dan menggugat keamanan negara," katanya pada sidang media keselamatan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin menjangkakan 80,000 penyokong membanjiri Stadium Nasional sebaik pintu masuk dibuka 5 petang dan untuk itu, persiapan rapi telah dilakukan polis bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki pekarangan stadium," katanya.
Selain itu, beliau berkata terdapat beberapa penutupan jalan di sekitar Stadium Nasional sebelum dan selepas perlawanan, antaranya sepanjang Jalan Barat bermula dari persimpangan Taman Teknologi Malaysia (TPM) hingga Persimpangan Merah Caga.
"Penyokong dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam dan bagi yang memandu kenderaan sendiri, dinasihatkan supaya mengamalkan sikap bersabar, berhemah dan bertolak-ansur sepanjang pemanduan," katanya.
Selangor adalah pasukan paling berjaya dalam saingan Piala Malaysia dengan merekodkan 33 kali kejuaraan sementara JDT pula muncul juara sebanyak dua kali pada 2017 dan 2019 sejak penubuhan kelab itu pada 2013.
Pada edisi lepas, JDT kempunan merangkul kejuaraan selepas tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di pentas final.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Penyokong diingatkan tidak bawa, kibar bendera politik pada final Piala Malaysia.- Gambar fail/BERNAMA
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.
Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.
JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan lagi dengan sorakan puluhan ribu penyokong tegar daripada kedua-dua pasukan.
Limpahan rezeki peniaga sempena final Piala Malaysia
Bagi peniaga, peluang Kedah melayakkan ke pentas final dua kali pada tahun ini memberi limpahan rezeki berganda buat mereka.
Kedah tagih formula Aidil Sharin untuk final Piala Malaysia
Jurulatih dari Singapura itu dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.
Kedah dan Johor terima 31,610 tiket final Piala Malaysia
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.