DOHA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan Malaysia mempunyai penyokong bola sepak antara yang terbaik di dunia.
Beliau berkata ini kerana mereka sanggup berkorban demi memberikan sokongan kepada pasukan negara pada saingan Piala Asia 2023 yang sedang berlangsung di sini.
Hannah menjangkakan kehadiran penyokong negara akan bertambah pada perlawanan kedua Kumpulan E dengan Malaysia bakal berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad, esok.
"Saya tiba di Doha hari ini bagi melihat persiapan skuad Harimau Malaya untuk hadapi perlawanan menentang Bahrain esok. Kita jangkakan sokongan terhadap Harimau Malaya dalam stadium akan lebih hebat kerana dalam penerbangan tadi ramai penyokong Malaysia.
"Saya rasa skuad Harimau Malaya mempunyai penyokong terbaik di dunia (kerana) ramai datang dengan kos sendiri dan ambil cuti demi memberi sokongan. Ini adalah penampilan yang sangat penting untuk pengalaman pasukan sebab kali pertama dalam 42 tahun layak secara merit," katanya ketika ditemui di Universiti Qatar di sini hari ini.
Pada masa sama, Hannah berkata beliau meminta para pemain berjuang bukan sahaja untuk negara tetapi untuk diri sendiri dan nama baik keluarga.
"Kalau mereka buat demi nama baik keluarga, Malaysia akan dapat manfaat daripada 'mindset' seperti itu," katanya.
Terdahulu, Hannah yang diiringi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bertemu para pemain dan barisan kejurulatihan sebelum meluangkan masa meninjau sesi latihan skuad kendalian Kim Pan Gon itu.
Selepas kekalahan memeritkan kepada Jordan pada aksi pembukaan Isnin lepas (awal pagi Selasa), Malaysia perlu meraih tiga mata ke atas Bahrain jika mahu mencerahkan peluang layak ke pusingan 16 terbaik sebelum bertemu juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan ini.
Pan Gon menyasarkan untuk membawa Malaysia mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik buat julung kali selepas pasukan negara terkandas di peringkat kumpulan pada tiga penampilan sebelum ini termasuk kali terakhir ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Hannah menjangkakan kehadiran penyokong negara akan bertambah pada perlawanan kedua Kumpulan E dengan Malaysia bakal berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad. - Gambar Bernama
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Penyokong Harimau Malaya terbaik di dunia - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan Malaysia mempunyai penyokong bola sepak antara yang terbaik di dunia.
Peminat Harimau Selatan, Penyu 'takluk' Stadium Nasional
Aspek keselamatan berada pada tahap optimum dengan anggota penguat kuasa dilihat bersiap siaga di sekitar stadium manakala anggota trafik mengawal lalu lintas.
Piala EFL: Pochettino tagih sokongan peminat Chelsea
Pengurus Chelsea itu memahami kekecewaan penyokong sambil mencadangkan terdapat alasan di sebalik persembahan mereka yang tidak tekal.
Pep Guardiola bidas dua penyokong tak beradab Manchester City
Guardiola menegaskan pasangan itu sama sekali tidak mewakili kelab berkenaan.
Dua penyokong ditahan ketika perlawanan Perak FC, JDT
Tangkapan itu bagaimanapun hanya melibatkan kesalahan kecil tanpa sebarang isu rusuhan atau pergaduhan.
Penyokong bola merusuh di Naples sebelum perlawanan Liga Juara-Juara
Beberapa kenderaan polis turut dibakar dalam insiden itu yang menyaksikan penyokong membaling batu ke arah sebuah bas di pusat bandar.
Penyokong KDA tidak puas hati keputusan pengadil
Keadaan di hadapan pintu utama stadium itu terkawal selepas pegawai dan anggota polis turut berada di situ.
Piala Dunia Qatar: Mexico didenda akibat sorakan homofobik penyokong
Sorakan berunsur negatif itu dikesan semasa perlawanan Mexico menentang Poland dan Arab Saudi di Qatar.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Stadium Nasional bertukar lautan merah-biru, merah-kuning
Suasana di pekarangan stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu meriah dengan pelbagai acara serta aktiviti yang diserikan penyokong kedua-dua pasukan.