PEP GUARDIOLA sedang berusaha untuk mendapatkan perancangan yang terbaik untuk menghalang Mohamed Salah dan jentera serangan Liverpool ketika Manchester City berkunjung ke Anfield bagi aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), pada Rabu.

Pemain sayap kebangsaan Mesir itu kini telah meledak 37 gol dalam semua kejohanan pada penampilan sulung musim ini bersama Liverpool.

City telah merasai sengat jentera serangan Liverpool ketika tewas 4-3 di Anfield pada Januari, dengan Roberto Firmino, Sadio Mane dan Salah menjaringkan gol dalam tempoh sembilan pada separuh masa kedua.

Guardiola tidak mahu City terlalu menumpukan kepada ancaman Salah, sebaliknya menyifatkan skuad kendalian Jurgen Klopp memiliki senjata yang berbahaya. City bagaimanapun, sedang usaha untuk mengekang kemaraan mereka nanti.

"Saya memerlukan penelitian yang khusus terhadap Salah," kata Guardiola.

"Tetapi bukan sahaja dia. Mane dan Firmino – ketiga-tiga yang sanga berkualiti. Cara Liverpool bermain, merumitkan kami. Mereka sangat pantas, tetapi dalam saingan suku akhir UCL, kami sudah menjangkakan aksi yang sukar.

Kemenangan 3-1 City ke atas Everton pada Sabtu bermakna mereka boleh dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berdepan Manchester United di Stadium Etihad, minggu depan.

Peluang yang dinanti-nantikan peminat akhirnya datang buat penyokong The Citizens, tetapi Guardiola enggan terbawa-bawa dengan perkara itu.

"Saya mahu memenangi EPL. Saya menggemari Manchester City dan seorang penyokong Barcelona.

"Sememangnya saya mahu mencipta kemenangan ke atas United di laman sendiri, tetapi tiga hari sebelum berdepan United, kami bertemu Liverpool dan tiga hari selepas itu kami akan menghadapi aksi timbal balik.

"Saya menyedari bahawa semua pihak mahu kami memenangi liga dalam perlawanan ke atas United.

"Tetapi kami akan cuba memberikan fokus terhadap aksi berdepan Liverpool terlebih dahulu," ujarnya.