IPOH: Kelab bola sepak Perak FC mengorak langkah dalam misi membangunkan bakat muda apabila menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak ternama Bundesliga Jerman, Vfl Wolfsburg.
Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) semalam dan berakhir Disember 2023.
Katanya menerusi kerjasama itu, kedua-dua pasukan bersetuju membangunkan kelab termasuk menghantar jurulatih dan pemain ketika pramusim selain menyokong kem latihan.
"Wolfsburg adalah jenama global yang berjaya dan banyak perkara yang dapat dipelajari oleh Perak FC dari kerjasama ini khususnya melibatkan pembangunan peringkat akar umbi yang kita tekankan, ia adalah perkara utama.
"Kita juga mahu mengambil inspirasi dalam pelbagai bidang meliputi hal teknikal, urus tadbir kelab termasuk dalam bidang perniagaan serta perkongsian maklumat melibatkan jualan penaja yang kita boleh belajar dari Wolfsburg," katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani MoU antara Perak FC dengan Vfl Wolfsburg dekat sini semalam.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan VfL Wolfsburg Andreas Kruse berkata perkongsian ini amat baik untuk masa depan kelab dan pembangunan sukan bola sepak.
"Kami memilih Perak FC, kerana kelab ini bercita-cita tinggi seperti kami, selain mempunyai banyak persamaan, terutamanya dalam usaha membangunkan bola sepak dari peringkat akar umbi," katanya menambah bahawa Perak FC adalah kelab pertama di Asia Tenggara yang menjalin kerjasama dengan Kelab Bundesliga.
Wolfsburg, yang kini berada di kedudukan ke-13 dalam liga bola sepak Jerman yang sangat kompetitif itu, telah memenangi Bundesliga hanya sekali dalam sejarah mereka, iaitu pada musim 2008-2009 dan menamatkan saingan sebagai naib juara Pada 2014-2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Abdul Azim (dua, kiri) berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pasukan bersetuju membangunkan kelab termasuk menghantar jurulatih dan pemain ketika pramusim selain menyokong kem latihan. --fotoBERNAMA

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Mangsa banjir Johor menurun kepada 2,511
Jumlah mangsa banjir berkenaan melibatkan 697 keluarga dari tujuh daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar.

Hamidin jumpa Presiden JFA bincang kerjasama Malaysia-Jordan
Presiden FAM melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden JFA bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama.

Aksi Liga Piala MB Kelantan dicemari insiden pergaduhan
Insiden berlaku jam 5 petang itu dipercayai melibatkan pasukan Gual Periok dan Kok Lanas.

Manchester United belum capai mentaliti juara - Ten Hag
Dia menyampaikan amanat itu kepada pemainnya dan berpesan mereka belum bersedia untuk memenangi kejuaraan utama.

Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur.

EPL: Gol lewat Crystal Palace tamatkan rentetan kemenangan Manchester United
United pada awalnya kelihatan akan memintas Manchester City di kedudukan kedua liga selepas Fernandes membuka jaringan.

Piala HMS Malaya dipamer di Muzium Negara
Pameran 100 tahun Trofi H.M.S Malaya di Muzium Negara sedang berlangsung sehingga 31 Jan ini.

Perbicaraan bencana Stadium Kanjuruhan bermula
Suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

Kogi sah diikat Chungbuk Cheongju FC
Bekas pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, R. Kogileswaran, sah diikat kelab daripada Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC, hari ini.

Piala AFF: Lagu 'mantera' bangkit semangat perlawanan malam ini!
Malam ini bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat seperuh akhir Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric pasukan Malaysia menentang Thailand.

Legenda Wales Gareth Bale bersara pada usia 33 tahun
Bale mengesahkan keputusannya dalam satu kenyataan di Instagram semalam.