PASUKAN bola sepak Leicester City tetap akan meneruskan semua perlawanan yang dijadualkan, di sebalik penguatkuasaan semula perintah berkurung di bandar itu.

Malah jelas Kelab Liga Perdana itu, pemain akan terus berlatih di Pusat Latihan Belvoir Drive.

Leicester merupakan bandar pertama mengenakan kembali perintah berkurung susulan kes yang meningkat bandar Leicester yang terletak di Timur England mencatatkan 10 peratus dari keseluruhan kes di United Kingdom.

Bagi perlawanan Liga Perdana pula, terdapat cadangan supaya untuk memindahkan perlawanan ke 'Neutral Venue' atau mungkin ditangguhkan,namun kelab berkenaan bertegas mahu meneruskannya.

Leicester yang kini di tangga ke-3 liga dengan 55 mata, masih mempunyai baki tiga perlawanan di tempat sendiri iaitu menentang Crystal Palace, Sheffield United dan Manchester United.