PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Everton dan Newcastle United di Goodison Park awal pagi tadi terpaksa dihentikan seketika gara-gara seorang penunjuk perasaan mengikat badannya di tiang gol.
Dengan memakai baju yang tertera perkataan 'Just Stop Oil', penunjuk perasaan itu mengikat badannya ke tiang gol dengan menggunakan pengikat kabel yang mengakibatkan perlawanan itu terpaksa dihentikan.
Tindakan individu itu jelas tidak disenangi penyokong yang hadir dan pegawai perlawanan terpaksa mencari playar untuk memotong pengikat daripada tiang gol sebelum pelaku itu ditangkap polis.
Kumpulan aktivis kempen Just Stop Oil mengaku bertanggungjawab ke atas insiden itu dengan menciap dalam Twitter: "Terkini: Penyokong Just Stop Oil terikat di tiang gol sewaktu perlawanan Everton dan Newcastle United".
Aksi di Goodison Park menyaksikan Everton menewaskan Newcastle 1-0 hasil jaringan lewat Alexander Iwobi.
Astro Arena
Fri Mar 18 2022
Pegawai perlawanan terpaksa menggunakan playar untuk memotong pengikat kabel daripada tiang gol sebelum menyerahkan pelaku kepada polis.- Foto Astro ARENA
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo
Aktivis hak asasi manusia di Jakarta mengadakan tunjuk perasaan membantah kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden pada Khamis.
Penunjuk perasaan berhimpun di Washington gesa genjatan senjata di Gaza
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Washington, Amerika Syarikat (AS) menggesa gencatan senjata di Gaza selepas ribuan orang terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat.
Ribuan penduduk Baghdad berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin
Demonstrasi itu diketuai pemimpin Syiah yang berpengaruh, Muqtada al-Sadr.
Bakar al-Quran: Ribuan penduduk adakan bantahan di Stockholm
Perhimpunan itu berlangsung di dataran berhampiran masjid, tempat di mana seorang individu membakar naskhah al-Quran pada 28 Jun lalu.
Lebih 780,000 orang sertai protes Hari Pekerja di Perancis
Kira-kira 782,000 orang menyertai protes Hari Pekerja Antarabangsa tahun ini di seluruh Perancis.
India panggil diplomat tertinggi Britain, insiden demonstrasi di London
Bendera kebangsaan India di Suruhanjaya Tinggi itu ditarik ke bawah semasa protes itu.
Perkhidmatan awam Greece lumpuh akibat mogok, kemalangan kereta api korban 57 nyawa
Perkhidmatan awam Greece, termasuk sektor pengangkutan lumpuh selama 24 jam akibat mogok di seluruh negara ekoran kemalangan kereta api bulan lepas.
Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.
Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.