awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo

Agensi
Agensi
16/02/2024
01:15 MYT
Tunjuk perasaan di Jakarta bantah kemenangan awal Prabowo
Prabowo yang berusia 72 tahun mengisytiharkan kemenangan bagi semua rakyat Indonesia di hadapan penyokongnya pada Rabu.- Gambar Reuters
JAKARTA: Aktivis hak asasi manusia di kota raya ini mengadakan tunjuk perasaan membantah kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden pada Khamis.
Ini selepas kenyataan tidak rasmi yang memberikan Prabowo kemenangan jelas dalam satu pusingan pengundian.
Penunjuk perasaan membawa spanduk dan poster dengan gambar mangsa culik berserta gambar Prabowo.
Bekas Menteri Pertahanan itu telah lama dituduh melakukan kesalahan masa lalu termasuk terlibat dalam penculikan aktivis pelajar pada tahun 1998 dan penyalahgunaan hak asasi manusia di Papua dan Timor Timur.
Walau bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti dan beliau menafikan sebarang tuduhan.
Prabowo yang berusia 72 tahun mengisytiharkan kemenangan bagi semua rakyat Indonesia di hadapan penyokongnya pada Rabu.
Beliau mengumumkan selepas pengiraan awal oleh agensi pengundian bebas yang menunjukkan beliau telah memenangi hampir 60 peratus undi.
Agensi pilihan raya negara dijangka akan mengumumkan hasil rasmi menjelang 20 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#Penunjuk perasaan
#Prabowo Subianto
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan